Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Beserta Senarai Pelakon Mereka.

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3 dan Senarai Pelakon drama. Seperti yang korang sedia maklum, kami dah kongsikan teaser drama ini baru-baru ni. jadi kami nak kongsikan pula perjalanan jalan cerita drama best ini. Untuk musim ke 3, drama ini masih mengekalkan pelakon asalnya yang terdiri dari Shukri Yahaya, Siti Saleha, Bil Azali, Shazwan Zulkifli dan juga Wan Sharmila. Mesti ramai tak sabar nak tahu sinopsis drama 7 hari mencintaiku 3 kan. Jom kita sambung baca di bawah ini.  


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Beserta Senarai Pelakon Mereka.


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Ramai juga yang tertanya-tanya mengenai sinopsis drama 7 hari mencintaiku 3 ni. Yerlah, tak ada sinopsis full pun setakat ini. Tapi kalau korang tengok teaser tu ada dah klu-klu untuk kesemua drama tu kan.

Untuk musim ketiga ini, Perhubungan diantara Khuzairi dan Mia diuji dengan kehadiran dua insan baru dalam hidup mereka. Mia mula cemburu bila khuzairi mula dekat dengan Fatin Husna.

Khuzairi pula cemburu bila Mia dekat dengan Taufik. Mak leha pula masih tidak berubah. Ada sahaja cara dia untuk membenci mia adriana tu.

Kalau nak tahu kesudahan cerita ni, kenalah tengok sampai habis cerita ni nanti.

Peminat drama 7 hari mencintaiku! jom like page fans drama ni >> 7 hari mencintaiku fans !

Info Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari isnin sehingga hari Ahad pada jam 7 malam. Kiranya dah dekat nak buka puasa tu boleh tengok lah dengan family kan.

Bagi yang tak tahu, drama ini hanya ada 35 episod keseluruhannya dan akan mengambil slot akasia di TV3. Skrip ini ditulis oleh Siti Rosmizah dan diarahkan oleh Jamal Khan.

korang dah baca kan sinopsis drama 7 hari mencintaiku 3? jom kita tengok watak yang ada dalam drama ni.

Watak Watak Pelakon 7 Hari Mencintaiku 3

Hampir keseluruhan watak dan pelakon dalam drama ini masih dikekalkan. Aku cuma ulang semula untuk korang yang baru nak tengok drama ini.

** korang boleh klik nama pelakon untuk baca biodata diorang tau.

Dalam cerita ini pelakon Shukri Yahaya melakonkan watak sebagai Khuzairi dan  Siti Saleha spula ebagai Mia Adriana. Selain itu, kita ada Kazar Saisi sebagai Pak Samad dan Liza Abdullah sebagai Mak Leha.

Pelakon Syazwan Zulkifly pula sebagai Helmi dan diikuti dengan Wan Sharmila sebagai Sofi. Antara watak utama juga dalam drama ini adalah pelakon Jaja Iliyes sebagai Nadia dan Bil Azali sebagai Zaidi.

Seterusnya watak antagonis dalam cerita ini adalah Jasmin Hamid sebagai Zarina, Faye Kusairi sebagai Syakila dan yang terbaru adalah Reen Rahim sebagai Fatin Husna.

Antara watak pengacau atau watak penyodol kot boleh aku cakap adalah watak pelakon Sean Lee sebagai Dr Adam, Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain, Silfeny Osman sebagai Azura dan yang terakhir adalah PU Azman sebagai Taufik.

Kalau tak silap aku ada juga penyanyi Ezad Lazim dalam drama ni tau! tapi aku tak dapat konfermkan watak dia dalam cerita ini.


Previous Post Next Post