Biodata Bil Azali, Pelakon 7 Hari Mencintaiku 3

Biodata Bil Azali, Pelakon dan watak Zaidi dalam 7 Hari Mencintaiku 3. Kalau sebut nama bil azali, mungkin ramai yang tak kenal. tapi kalau sebut zaidi dalam drama 7 hari mencintaiku, pasti ramai yang kenal jejaka sahabat baik kepada Khuzairi dalam drama berkenaan. Itulah watak yang dilakonkan oleh Bil yang mendapat perhatian ramai. jomlah kita baca biodata bil azali di bawah ini.


Biodata Bil Azali, Pelakon 7 Hari Mencintaiku 3
Biodata bil azali




Biodata Bil Azali, Pelakon 7 Hari Mencintaiku 3

Bil azali adalam nama artisnya dan nama penuh untuk pelakon hebat ini adalah Mohamad Nabil Bin Azali. Dia dilahir pada 11 November 1992 dan dia juga merupakan finalis rancangan Pilih Kasih musim 2.

Bil berasal dari Depok Pahang dan mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 2008 lagi. 

Instagram : Instagram Bil Azali.

Drama, Filem dan Telefilem lakonan Bil Azali.

Kmi juga kongsikan dalam biodata bil azali ini mengenai karya lakonan beliau sehingga kini. Antara filem lakonan Bil adalah pada tahun 2012iaitu Hoore! Hoore!. Kemudian pada tahun 2015 pula, dia berlakon dalam filem Apartment. Seterusnya pada tahun 2017 dalam filem Rempit Sampai Langit.

Untuk drama pula banyak drama lakonan Bil ni. Antaranya adalah Tangisan Bulan Madu ( 2008). Pada tahun 2011, drama lakonan Bil adalah Kelong Kasih, Kurma Ajwa Untuk Najwa dan Kasih Najihah.

Drama Rawan Amir (2012) dan Cinta jangan pergi dan ku cinta kau seorang  pula ditayangkan pada tahun 2013.

Seterusnya pada tahun 2014, Bil berlakon dalam drama Selamat Pengantin Madu, Jalan Kembali, Astana Cinta Aleesa dan #Antidot.

Tahun 2015 pula, drama Stella, Bercakap Dengan Jin, Rubber Band, Padamu Aku Bersujud, Angin Syurga, Ayuni Safira dan Flora Rimba menjadi karya bil pula.

Kemudian pada tahun 2016, Bil berlakon dalam dramaLara Terindah dan drama 7 Hari Mencintaiku 1.

Pada tahun 2020 dan tahun 2022, Bil meneruskan karya dramanya untuk drama 7 hari mencintaiku 2 dan 3.

Selain itu, karya Bil bukan setakat itu sahaja, dia juga membintangi  telefilem seperit telefilem Adiguru (2011), Nur Iman (2012), Janji Hati (2013), Muat Tak Muat (2013), Isteriku Miss Sally (2016) dan Aku Bukan Syurgamu (2020).

Walaupun namanya tak segah pelakon-pelakon lelaki yang lain, tapi bakat dia dalam dunia lakonan memang sangat diperlukan. 

Semoga rezeki Bil semakin banyak dalam dunia seni kita. Good Luck !


Previous Post Next Post