Biodata Siti Saleha, Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Biodata Siti Saleha, Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3. Yeah! Hai korang! hari ini aku nak tulis balik mengenai seorang pelakon terkenal dan diminati ramai iaitu Siti Saleha. Dia merupakan antara pelakon yang aku suka lakonan dia di dalam drama. Watak Mia Adriana adalah watak yang paling terkesan dalam diri aku selepas menonton dua musim drama 7 hari mencintaiku 3. Kalau korang nak tahu lebih dalam, jom kita baca biodata siti saleha yang kami sediakan ini.



Biodata Siti Saleha, Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3




Biodata Siti Saleha, Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Jom, kita kongsikan nama penuh siti saleha dalam biodata siti saleha ini. Pemilik nama penuh Siti Saleha binti Mohd Baharom dan lebih dikenali dengan nama siti saleha ini dilahirkan di Basildon, England. Dia dilahirkan pada 14 Mac 1990 dan kini telah berusia 32 tahun.

Saleha mempunyai darah kacukan Malaysia-British. Ayahnya bernama Mohd Baharom Abd Rahman, manakala ibunya pula bernama tracey johnson atau nama melayunya adalah Aishah Rahman.

Bagi yang tak tahu, Sam Bunkface merupakan abang kepada siti saleha tau. 

Instagram : Instagram siti saleha.

Senarai Drama, Telefilem dan Filem Lakonan Siti Saleha.

Seperti yang ramai dah tahu, Siti saleha merupakan antara pelakon lama dalam industri tanah air.Sudah banyak karya lakonannya ditayangkan. 

Jadi dalam biodata siti saleha ini, kami kongsikan drama,telefilem dan filem lakonan siti saleha untuk anda.

Antara drama yang pernah dilakonkan adalah drama 5 Jingga, Awan Dania musim kedua, Nora Elena, 7 Hari Mencintaiku dan Mandatori.


Untuk telefilem pula, antara yang menjadi karya siti saleha adalah telefilem Puaka Topeng Putih, Bersalji di Kuala Lumpur, Semadikan Aku, Cinta Paling Agung, Memori Pajeri Nenas dan banyak lagi.


Bagi yang tak tahu, antara filem lakonan siti saleha adalah filem Kerat 14, KL Zombi, Mamak Cupcake, Terbaik Dari Langit dan Langit Cinta, Proksi dan Rajawali: Aku Abang Long.

Anugerah Yang diterima Siti Saleha

Bakat dalam dunia lakonan siti saleha memang tidak boleh dinafikan lagi. Sebab itu, dia telah memperoleh pelbagai anugerah dan pencapaian sepanjang kariernya ini.

Antara anugerah yang dimenanginya adalah seperti 

  1. Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27

  2. Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28, 

  3. Pasangan Pilihan (bersama Shukri Yahaya menerusi drama 7 Hari Mencintaiku) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017.

  4. Pelakon Wanita Telenovela Terbaik di Anugerah Telenovela 2018.

Akhir sekali, kita doakan siti saleha akan terus sukses dalam dunia seni tanah air kita. 

Previous Post Next Post