"
Biodata Reen Rahim Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang membawa watak Fatin Husna. Pelakon cantik manis ini merupakan antara pelakon yang di minati ramai. Aku nak tanya ni, korang kenal ke dengan Reen Rahim ni ? Hehehe, mungkin ada yang kenal dan ada yang tak kenal.

Tahun 2017 dulu, Reen Rahim pernah berlakon drama jangan ikut aku, Tauke jamu, Geng Tadarus Suriram Suri, Selamat Malam Tan Sri, Mencari Qiblat dan Raisha 2. Bagi yang belum kenal siapa reen ini , berikut merupakan info maklumat berkaitan biodata Reen Rahim. Jom baca !

Yang terkini, dia membintangi drama pujaan hati kanda. Berlakon sekali dengan mira filzah pula tu. hehe Watak yang dibawa kali ini adalah sebagai Suria kakak kepada Tiara.

Untuk tahun 2022 ini, reen muncul dalam drama bersiri 7 hari mencintaiku 3 dan di gandingkan dengan pelakon hebat lain seperti siti saleha dan shukri yahaya tau.


Biodata Ringkas Reen Rahim
Biodata Reen Rahim

Untuk tahun 2019 ni, Reen rahim kembali menghiasi drama tv 3! Kali ini dia membintangi drama lelakimu yang dulu bersama dengan Sharnaaz dan Nelydia.

Kalau korang rindu dengan Kak Ros ni, boleh layan cerita tu sebabnya dia masuk air juga kali ni. hehe Dia bergabung dengan Ungku Hariz pula, fuhh memang best. rugilah kalau korang tak tengok hehe. 

Nak info lebih? jom baca biodata reen rahim dekat bawah ni ya. 

BIODATA REEN RAHIM

Seperti biasa, kalau dalam biodata reen rahim ini, kami akan kongsikan nama penuh, asal dan juga tarikh lahir pelakon cantik ini.

1. Noreen Ashikin Binti Abdul Rahim merupakan nama penuh Reen.

2. Lebih dikenali sebagai Reen Rahim.

3. Dia dia lahirkan pada 3 November 1988 dan kini reen berumur 30 tahun (2018)

4. Reen rahim berasal dari Klang, Selangor

5. Instagram : https://www.instagram.com/reenrahim/

Drama, Filem dan Telefilem Lakonan Reen Rahim.


Kita dah tahu yang reen ni merupakan juara rancangan realiti pilih kasih 3 iaitu pada tahun 2012 tau. Jadi bakatnya dicungkil dari situ oleh Datuk Rosyam Nor tau.

Selepas itu dia mula berlakon dalam drama aku tak percaya cinta dan seterusnya rezeki dalam dunia seni makin bertambah untuknya. Antara drama lain yang dilakonkan oleh Reen adalah Evolusi KL Drift: The Series, Sahara, Jodoh dan Kampung Girl

Ditambah pula dengan bebeapa drama lain seperti Cinta Jannah, Lara Ameena, Terlanjur Mencintaimu, Sayangku Kapten Mukhriz, Abang Sado Boleh Beres, Tauke Jamu, Mencari Qiblat, Raisha 2 dan Pujaan Hati Kanda.

Selain drama,  Reen juga pernah membintangi filem Gangster Celop, Mirip, Mawar Putih, Soulmate Hingga Jannah, Balun dan Rempit Sampai Langit.

Bakat reen terus diberi kepercayaan dan diiktiraf. Dia pernah Tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi filem Talak di Anugerah Skrin 2015.

Biodata Reen Rahim


Reen Rahim sering kali menjadi sasaran media untuk mencipta kontroversi yang berlaku yang melibatkan nama dia. Kadang-kadang sampai tenggelam bakat yang ada pada dia ni.

Pencapaian terbaik Reen pada tahun 2018 adalah dia tecalon untuk Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 tau.

Fuhh bukan senang nak tercalon dalam anugerah besar macam tu.

Semoga tahun 2019, akan menjadi tahun yang lebih baik buat pelakon ini. Lakonan Reen juga semakin baik. Kalau tak percaya, korang tengok drama pujaan hati kanda.

Tengok lah, boleh nampak dia menjiwai watak lakonan dia. hehe .

Entri Sebelum - Senarai Pelakon Drama 3 Dara Kg.com

Masih tak leh move on dari pujaan hati kanda? Jangan risau, korang tengoklah drama lelakimu yang dulu, pasti terubat rindu korang dengan reen rahim. hehe


Previous Post Next Post