"
Biodata Jaja Iliyes Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3. Sebenarnya , dah lama orang tanya aku siapa nama sebenar watak Nadia atau Nad dalam drama 7 hari Mencintaiku 3 . Disebabkan kekangan masa, jadi aku tak sempat nak tulis mengenai Nad Drama 7 hari Mencintaiku ini. Jadi , mesti korang nak kenal siapa nad kan. Berikut merupakan BIODATA JAJA ILIYES PELAKON DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3 !


BIODATA JAJA ILIYES PELAKON DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU !



Biodata Jaja Iliyes Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Kami kongsikan biodata jaja iliyes untuk anda. Jom baca sampai habis.

Nama Penuh : Siti Hajar Iliyes
Nama Artis : Jaja Illiyes
Asal :  Johor ( tak pasti sama ada dia asal johor atau tinggal di johor )
Tarikh Lahir : 3 August 1995
Umur : 21 tahun


Kalu korang kenal Jaja Illiyes ini dia merupakan antara finalis untuk DFKL tau. jadi memang hebat betul dia ini dalam lakonan. walaupun masih baru dalam dunia seni tapi beliau berjaya membawa wataknya dengan baik dalam lakonannya. tak lama lagi dia akan muncul dalam drama bersama Mira filzah.

Drama dan Telefilem Lakonan Jaja Iliyes, 


Jaja memulakan kariernya sejak tahun 2016 iaitu dalam siri pertama drama 7 hari mencintaiku. kemudian pada tahun 2017, dia berlakon dalam drama Meh Sandar Pada Aku, Ops Cinta Din Sardin dan Lelaki Itu Pemilik Hatiku.
Pada tahun 2018, ada beberapa drama lakonana jaja ini. Antaranya adalah Budak Boys, Papa Nak Menantu, Teratai Kemboja dan Cinta Hati Batu.
Kemudian pada tahun 2019, Dia membintangi drama Kereta Sewa dan Ajari Playboy Itu. kemudian di ikuti pula pada tahun 2020 dia melakonkan watak dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2, Isteriku 120kg, dan Bidadari Salju.

Pada tahun 2021 pula, dia berlakon dalam drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini dan  Malaysian Ghost Stories. Terkini dia bakal muncul dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3.

Selain drama dia juga berlakon dalam Telefilem Seutas Gelang Emas dan Cikgu Dina Pakai Prada pada tahun 2016. Kemudian tahun 2017, dia berlakon dalam telefilem Kung Fu Kaw, Awak Kat Mana dan Kerongsang.
Seterusnya pada tahun 2019, dia berlakon dalam telefilem Titi Kayu, Resort Berhantu dan Penunggu Simpang. Tahun 2021 pula dia membintangi telefilem Penyiasat Viral.


BIODATA JAJA ILLIYES PELAKON DRAMA 7 HARI MENCINTAIMU !


Jadi, ini sahaja  mengenai info maklumat berkaitan pelakon hebat, Jaja Iliyes. Kalau ada maklumat tambahan nanti aku update semula . Lega dah kan bila tahu siapa watak Nadia atau Nad dalam Drama 7 hari mencintaiku

Jangan lupa tonton drama bersiri 7 hari mencintaiku 3 yang akan ditayangkan pada 1 April 2022 ini.

Sekian.

Previous Post Next Post