Ini Punca Ajoi Tersingkir di Separuh Akhir!

Ini Punca Ajoi Tersingkir di Separuh Akhir! Semalam telah berlangsungnya konsert big stage 2022 yang merupakan konsert separuh akhir big stage! Peserta yang diumumkan sebagai peserta tersingkir adalah Ajoi Zainal.  Juri tetap Big Stage 2022 Ajai berkata, salah satu faktor Ajoi gagal mara ke pusingan akhir adalah disebabkan rasa gementar yang masih tebal setiap kali dia membuat persembahan di atas pentas.


Ini Punca Ajoi Tersingkir di Separuh Akhir!


Ini Punca Ajoi Tersingkir di Separuh Akhir!

“Of course (salah satu sebab kenapa Ajoi tersingkir). Hal tersebut mengganggu emosi dan nyanyiannya. Kamu sebagai penyanyi perlulah profesional.

“Kadang-kadang dalam pertandingan, kamu tak boleh menangis ketika persembahan. Seperti Tegar, apabila dia mula menangis, resonance suaranya juga berubah teruk.

“Setakat rindu keluarga sahaja… kamu kena kuat,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai lima peserta Big Stage 2022 yang mara ke peringkat akhir, Ajai berkata, dia berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan.

“Kita memang menilai semua peserta dengan adil dan kita tidak pilih mereka ke final berdasarkan jangkaan. Kita pilih mengikut prestasi,” katanya lagi.

sumber : Astro Gempak.

Previous Post Next Post