Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 11 Final Gegar Vaganza 2019 (GV6). Semalam telah berlangsungnya konsert gegar vaganza untuk minggu ke sebelas dan ia merupakan konsert akhir gegar vaganz musim ini.

Selepas 11 minggu mereka beraksi, akhirnya juara keseluruhan musim ini telah diumumkan. Untuk kali ini, kita ada dua juara, iaitu Hady Mirza dan Naqiu.

Jom tengok full episod Gegar Vaganza Minggu 11 di sini (klik).

Minggu lepas ada dua penyingkiran, minggu ni kita ada dua juara. hahaha. Macam-macamlah astro ni buat. haha. Tapi lepas tengok sidang media semalam, Tok Ram ada bagi tau yang kedua-dua peserta betul-betul menghargai nilai bunyi dalam musik mereka.

Jadi mereka layak untuk jadi juara.


Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 11 Final Gegar Vaganza 2019 (GV6)



Sebelum itu, jom baca markah para peserta minggu lepas disini (klik).

Oh ya, mesti ramai nak tahu markah untuk finalis kali ni kan. Jom kita baca dekat bawah ni ya. Katanya Naqiu dan Hady dapat markah sama.


Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 11 Final Gegar Vaganza 2019 (GV6)


1. Hady Mirza - (87%) 


Datuk Ramli MS: So good! Tapi tunggu battle nanti.

Hetty Koes Endang: Bahagia sekali keenam peserta malam ini bagus-bagus. Tapi racunnya adalah di lirik dan kamu berhasil. Komposer lagu ini sudah bayangkan akan menjadi begini dan Hady Mirza sudah menyanyikan lagu ini menurut saya top.

Datuk Rizalman Ibrahim: Gila! Inilah contoh kalau nak guna penari, penari macam ini lah yang saya nak tengok. Penari yang bersama penyanyi adalah persembahan yang begitu memukau. Hady duduk melutut, tak sia-sia saya jadi juri konsert akhir. Best!

TONTON VIDEO - PERSEMBAHAN BATTLE HADY MIRZA VS NAQIU (KLIK SINI).


1. Naqiu Boboy - (87%)  

Datuk Ramli MS: Saya tunggu battle round.

Hetty Koes Endang: Memang kita kalau nyanyi lagu mellow, isi cerita kita baca pasti tersentuh. Apa penjiwaan kamu malam ini sampai kepada bonda. Bonda faham sebetulnya lagu ini kamu meneran tapi bonda faham lagu ini ditujukan pada ibu. Malam ini kamu mampu kawal. Konsisten dari awal sampai akhir. Menurut bonda kamulah yang terbaik.


3. Jatt Ali - (76%)


Datuk Ramli MS: Aku baru dengar inilah suara original kamu. Sebelum ni plastik sikit. Tuhan bagi suara yang cantik. Feel cantik, suara original, selalunya bertahan.

Hetty Koes Endang: Memang lagu yang menentukan persembahan akhir, lagu bagus, kita makan! Malam ini kamu keluarkan senjata-senjata kamu. Super! Aman sekali.




4. Nurfatima - (68%)


Datuk Rizalman Ibrahim: Mungkin Fatima tak percaya tapi sebenarnya saya rasa Fatima selayaknya berada di final. Menurut saya, vokal Fatima malam ni lepas. Kalau saya nak sentuh benda lain, dah perfect. Walaupun dinyanyikan oleh Yantzen, Fatima nyanyikan satu persatu dengan power. Dengan set, baju yang ada elemen, cukup membuka satu persembahan pembukaan bertenaga.

Hetty Koes Endang: Memang malam grand final, jangan kalian sia-siakan 3 minit. Nurfatima cara nyanyian sampai tetapi ada lirik yang salah, jangan kau hancurkan atau dihancurkan, tidak jauh. Masih bisa dimaafkan.


5. One Nation Emcees - (67%)


Datuk Rizalman Ibrahim: Saya tak berkesempatan mengkritik ketika konsert hari itu. Daripada pemerhatian, One Nation Emcees adalah kumpulan yang begitu berdedikasi. Itu elemen paling penting apabila kita berkumpulan. Inilah persembahan final paling saya nantikan. Itulah bertaraf final. Pujian pada Mimi, dia adalah seorang yang begitu berkarakter. Setiap minggu Mimi masuk dalam karakter. Ciri-ciri tu sampai ke final, syabas. Mereka makan lagu ni. Tapi yang kenyang adalah saya dan penonton.

Datuk Ramli MS: Dia okay, rap number one. Anyway, untuk lagu next lebih relaks. Chill and enjoy the song.

Hetty Koes Endang: Pokoknya kalian sudah masuk grand final, kalian sudah jadi juara pada kira. Berdoa sahaja.


6. Sham Visa - (65%)


Hetty Koes Endang: Alhamdulillah sampai juga kamu ke final. Memang dari awal lagu yang kamu nyanyikan tepat dgn warna vokal. Sebetulnya tiada kesalahan cuma ada sedikit projection dan artikulasi tidak jelas. Apa kamu tidak hafal atau ragu? Lirik demi lirik itu penting. Grand final tidak boleh salah lirik.

Datuk Rizalman Ibrahim: Sebenarnya saya suka penampilan Sham minggu ini sebab yang dulu Sham selalu pakai jaket brocade. Hari ini Sham nampak relaks, muda dan fresh.

Markah sumber: Astro Gempak.

HADIAH GEGAR VAGANZA 2019

Juara - RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah, pakej ubai suai ruang tamu dan ruang makan, pakej penginapan berserta trofi.


Markah Peserta Minggu 11 Final Gegar Vaganza 2019 (GV6)




Tahniah buat Hady Mirza dan Naqiu kerana menjadi juara bersama untuk gegar vaganza 2019. Kalau korang layan dari awal GV musim ni, memang tak akan nafi kehebatan kedua-dua peserta ini di atas pentas.

Kedua-dua mereka sama power dia!
Kalau korang nak tahu senarai lagu untuk minggu depan, korang boleh baca di - Senarai Lagu Minggu 11 Gegar Vaganza 2019 (Semi Final).

Semoga dengan kemenangan ini dapat menaikkan kembali karier mereka di dalam dunia seni tempatan dan luar negara.

Apa pendapat anda mengenai markah dan kedudukan peserta minggu 11 Final Gegar vaganza 2019 ini? ada yang tak puas hati ke?

haha. Korang komen dekat bawah ya.

Jangan lupa minggu depan ada konsert KHAS untuk GV! haaa, kalau nak tahu kita tunggu ahad ni ya!

Post a Comment

Previous Post Next Post