Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 9 Gegar Vaganza 2019 (GV6). Semalam telah berlangsungnya konsert gegar vaganza untuk minggu ke sembilan.

Astro tambah lagi siaran sampai minggu ke 11 nanti.

Minggu ini, tiada penyingkiran yang dilakukan. Ini bermakna, konsert semi final minggu depan akan disertai oleh 8 orang peserta yang tinggal.

Jom tengok full episod Gegar Vaganza Minggu 9 di sini (klik).

Siapa pula yang akan tersingkir pada minggu ke sepuluh nanti? Haaa, makin bahaya kedudukan para peserta kali ini. Aku rasa minggu depan akan ada dua penyingkiran.


Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 9 Gegar Vaganza 2019 (GV6)



Sebelum itu, jom baca markah para peserta minggu lepas disini (klik).

Oh ya, mesti ramai nak tahu siapa juara untuk minggu ke 9 ini? Korang boleh sambung baca di bawah ini ya.


Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 9 Gegar Vaganza 2019 (GV6)


1. One Nation Emcees - Hati Emas (80%)

Datuk Rosyam Nor: Ini suku akhir ke final? One Nation Emcees, korang memang gila. Saya tak boleh fikir lagu ni korang boleh buat macam ni. Inilah penghibur. Saya tak tahu nak cakap apa, korang memang saya tabik.

Manan Ngah: Nature lagu ni bersahaja, ekspresi kamu pun bersahaja tapi kamu bijak jadikan harmoni. Saya ingat  malam ni final, kamu dah macam juara.



2. Hady Mirza  - Taman Rashidah Utama (76%)

Datuk Ramli MS: Pecah mikrofon tu kamu nyanyi.

Hetty Koes Endang: Setiap penampilan kamu sering buat sesuatu yang baru. Kamu seorang yang profesional. Tetap jangan sombong, sentiasa hargai fans. Selamat buat kamu. Saat di tengah, tembakannya!



3. Naqiu Boboy - Tinting (70%)


Manan Ngah: Pada saya melodi berunsur tradisional, but tricky. Overall generasi baru yang menyanyikan lagu ni, satu benda yang positif. Cuma pitching ada sikit, ada gangguan. Insya-allah awak boleh melangkah ke peringkat yang seterusnya.

Datuk Ramli MS: Saya kira kamu overtime. Kamu suka mencuba sesuatu dalam pertandingan. This is good. Dia akan buat kamu berubah. Cuma percubaan tu ada pitch, ada flat. Tapi tak kisah. Kedudukan terkawal.





4. Jatt Ali - Mimpi Laila (69%)

Hetty Koes Endang: Ini malam semua peserta stress ya? Nada kawalan kamu awal sampai akhir mantap, steady. Ekspresi kamu stress. Inilah dia challenge buat kamu. Menurut bonda malam ni kamu berhasil. Ada sedikit sahaja di belakangnya. Waktu interlude perlu menari sikit, jangan bonda sahaja yang menari di sini. Menurut bonda malam ini kamu berhasil.



5. Nurfatima - Jangan Lafazkan (58%)

Manan Ngah: Terus terang saya rasa Nurfatima lebih baik minggu ini berbanding minggu sebelumnya. Saya boleh rasa kadang bila bertanding, kita tak kisah menang atau tidak. Saya nampak ekspresi awak natural. Awak beri sesuatu yang positif pada persembahan.



6. Noorshila Amin  - Ahai Usahlah (58%)

Hetty Koes Endang: Kalau menurut bonda, kamu bawa lagu sendiri memang aman, tapi risikonya ada iaitu beza nyanyi masa muda dengan sekarang. Dari segi nafas, power, feel juga berbeza. Bonda dengar, dulu masih ringan. Tadi pada awalnya seperti kurang santai. Kamu harus bawa dengan santai. Ekspresi kumu seperti stress. Hujungnya sudah okay. Menurut bonda, nyanyi lagu orang lain lebih beri cabaran.



7. Sham Visa  -  Dari Sinar Mata (57%)

Markah Peserta Minggu 9 Gegar Vaganza 2019

Datuk Rosyam Nor: Lagu ini memerlukan penghayatan yang hebat. Kisah cinta datang dari mata turun ke hati. Dengan tidak diiringi penari di belakang, anda dah buat yang terbaik. Kalau penghayatan lebih dalam dengan lirik lagu, dia akan lebih menyerlah. Bagi saya, siapa pun penyanyinya, mesti faham yang lirik memainkan peranan besar. Apa pun tahniah untuk Sham.


8. Wann  - Hitam Putih Kehidupan (56%)


Datuk Ramli MS: Pelik, banyak off kat depan. Jiwa ada tapi lagu ni bukan lagu konsert, lagu ni lebih mass kepada radio. Lagu ni agak susah untuk konsert sebab tiada tenaga. Bagus kamu tukar lagu ni cuma penyampaian tu kurang.

Hetty Koes Endang: Saya rasa ada lagu yang kita perlu nyanyi berat, ada yang perlu nyanyi relaks, ada yang berat. Lagu ni tak patut nyanyi dengan berat. Wan nyanyi berat, patut lebih santai. Pada akhirnya fokus kamu hilang, banyak sekali yang flat. Bonda senang kamu pegang mikrofon sudah berubah.


Markah sumber: Astro Gempak.


Tahniah buat One Nation Emcees kerana menjadi juara di minggu ke sembilan ini. Bukan mudah untuk menjuarai konsert mingguan tau tapi mereka telah buat yang terbaik dan semakin baik pada setiap minggu.

Kalau korang nak tahu senarai lagu untuk minggu depan, korang boleh baca di - Senarai Lagu Minggu 10 Gegar Vaganza 2019 (Semi Final).

Pemenang Anugerah Cili Padi Paling Sedap adalah One Nation Emcees. Memang power persembahan diorang semalam.


Siapa pula peserta yang akan tersingkir minggu ke sepuluh  nanti? Sama-sama kita nantikan!

Jadi kita masih jauh untuk ke Final, diharap para peminat masih bersabar dan terus menyokong para peserta yang akan memberi persembahan pada minggu hadapan.

Kita jumpa lagi pada minggu hadapan.


Post a Comment

Previous Post Next Post