Header Ads

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 10 Gegar Vaganza 2019 (GV6)

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 10 Gegar Vaganza 2019 (GV6). Semalam telah berlangsungnya konsert gegar vaganza untuk minggu ke sepuluh. Semalam juga merupakan malam separuh akhir GV 2019.

Minggu ini, Dua penyingkiran yang dilakukan. Noorshila Amin dan juga Wann tersingkir Ini bermakna, konsert final minggu depan akan disertai oleh 6 orang peserta yang tinggal.

Jom tengok full episod Gegar Vaganza Minggu 9 di sini (klik).

Betul tak tekaan aku yang ada dua penyingkiran minggu ni. hehe. Sekarang ini fokus kita kepada siapa juara gegar vaganza untuk musim ini. Korang rasa siapa?


Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 10 Gegar Vaganza 2019 (GV6)


Sebelum itu, jom baca markah para peserta minggu lepas disini (klik).

Oh ya, mesti ramai nak tahu siapa juara untuk minggu ke 10 ini? Korang boleh sambung baca di bawah ini ya.


Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 10 Gegar Vaganza 2019 (GV6)


1. Hady Mirza - All My Life & Takdir Tercipta (Dia Fadilla) (82%)

Hetty Koes Endang: Lagu pertama kamu masuk terlalu awal selepas intro. Groove sudah dapat. Lagu duet, emosinya kamu kalah dengan Dia. Overall aman.

M. Nasir: Kemana kamu pergi selama ini? Ini juga patut dibela. Kamu overconfident sikit, dia memberi tetapi tak memberi kita.


2. Naqiu - Always & Hanya Namamu (Azmi Saat) (77%)


M. Nasir: Saya dah jadi peminat Naqiu. Sebelum ini saya tak dapat kod dia tetapi dia tunjukkan sesuatu yang lama saya nantikan. Persembahan malam ini tak sempurna. Lagu pertama tak berapa sure dan masuk pun masuk keras. Perlu ada dinamika.

Hetty Koes Endang: Jangan terbawa dengan rakan duet. Lebih bagus lagu kedua. Fighting spirit saya suka! Ambil lagu pakai gitar lepas ni.

Ramli MS: Patut bela budak ni. Dia seorang yang gifted!


3. One Nation Emcees - Seribu Tahun & Drama (Lan Solo) (71%)

Hetty Koes Endang:  Penampilan kalian seperti drama muzikal. Hidup sekali. Lagu pertama, kita nyanyi seperti bercerita namun Mimi kurang bercerita. Sabhi pula bagus sekali.

Lagu kedua pula berhati-hati ketika rap. Overall saya suka! Well done!


4. Nurfatima - Kau Pergi Tanpa Pesan & Kali Pertama (Noryn Aziz) (67%)

M. Nasir: Saya suka suara anda, ada tone tapi lebih kepada muzik pop & RnB. Overrall anda tak memiliki lagu ni lagi, mungkin kerana terlalu gementar dan terlalu fokus pada senikata. Kalau buat persembahan apa yang menarik orang menonton?

Apa yang saya lihat teknikalnya anda tahu, lagu pertama tadi tahu mana nak lenggok terapi perlu lenggok ketat sikit. Tak boleh terlalu loose.




5. Jatt - Zakia & Ku Miliki Bayangmu (Zur Eda) (61%)

Hetty Koes Endang: Saya percaya lagu ini setengah mati beratnya tetapi kamu kurang manfaatkan. Sepatutnya kamu ambil permulaan ghazal dan jangan terlalu cepat turun dari kerusi. Saya lebih suka lagu kedua lebih relaks.


6. Sham Visa - Usang & Permata Untuk Isteriku (Kopratasa) (60%)

Ramli MS: Hari ni kamu nyanyi, lain daripada 9 minggu. Lagu mula2 okey, harmoni pun okey. Silap kurang sangat hari ni. Ada satu bahagian plastik, terlalu banyak tak semulajadi. Rasa plastik dengan bini. I'm very happy for you.

Hetty Koes Endang: Puisi tadi terllau lembik bagi seorang lelaki.


7. Wann - Ku Gembira Di Sampingmu & Dua Insan (Zarul Umbrella) (57%)

M. Nasir: Lagu ni agak mudah dan saya tak nampak 'wow factor' itu walaupun tak banyak kesalahan. Persembahan anda okey-okey, sederhana.

Hetty Koes Endang: Yang kita inginkan sesuatu yang betul-betul kamu sampaikan lebih total lagi. Apa yang saya lihat kamu masih konsisten, tak ada sesuatu yang disampaikan sampai saya kagum. Kamu punyai suara yang unik tetapi kurang versatil.


8. Noorshila Amin - Kerna Terpaksa & Dialah Di Hati (Ifa Raziah) (52%)

Ramli MS: Saya suka feel lagu pertama kamu, sebutan S pun sudah okey. Tetapi tempo tak bagus, anda cenderung 'laid back' dan lirik tertinggal.

Lagu duet itu seperti battle song. Sepatutnya lagu duet adalah dua suara menjadi satu.

Hetty Koes Endang: Lagu duet sepatutnya ada chemistry dan harmoni. Ego kita pun harus bunuh dan saling membantu. Saya rasa malam ini anda gagal. Tetapi penghayatan lagu solo anda baik.

M. Nasir: Anda ada masalah dengan low note, memang saya yakin susah sikit nak jaga pernafasan dengan usia kita sekarang.


Markah sumber: Astro Gempak.


markah peserta gv 2019 minggu 10


Tahniah buat Hady Mirza kerana menjadi juara di minggu ke sepuluh ini. Bukan mudah untuk menjuarai konsert mingguan tau tapi mereka telah buat yang terbaik dan semakin baik pada setiap minggu.

Kalau korang nak tahu senarai lagu untuk minggu depan, korang boleh baca di - Senarai Lagu Minggu 11 Gegar Vaganza 2019 (Semi Final).

Pemenang Anugerah Cili Padi Paling Sedap adalah Hady Mirza. Memang power persembahan dia semalam.


Mampukah Hady Mirza diangkat menjadi juara gegar vaganza 2019 nanti? Fuhh makin nervous dan cuak pulak nak tunggu pentas akhir nanti. hehe

Anda rasa siapa akan jadi juara? Jom komen dekat bawah ya. Kita jumpa lagi pada minggu hadapan.


No comments

Powered by Blogger.