Senarai Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu. Mulai 19 September 2019, drama ini mula ditayangkan di tv 3. Dua pelakon utama drama ini adalah Sharnaaz Ahmad dan juga Nelydia Senrose. Gandingan ini pernahh viral satu ketika dahulu dan kini kembali menghiasi drama anda.

Untuk pengetahuan anda, drama ini menggantikan drama kau yang pertama sebelum ini. Mesti korang tak sabar nak tengok jalan cerita dia macam mana kan. Jom baca sampai habis ya.

Senarai Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu



Bil Episod : 28 episod
Tarikh Mula Tayangan : 19 September 2019
Waktu Tayangan : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran Tayangan : TV3


Senarai Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu



Pelakon yang terlibat adalah Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari dan Hamidah Wahab

Sinopsis Lelakimu yang dulu

Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.

Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Setelah beberapa bulan, Daliya disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.

Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Nazli pula mula tertarik dengan daliya. Tetapi Zana tidak suka dengan daliya, dia anggap keluarga dia terlalu baik kepada Daliya.

Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu

Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. dia berusaha untuk mendapatkan kembali anak dia, Isyraf. Dia juga mahu membalas dendam pada Daliya kerana bagi dia, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya.

Adakah dendam tersebut akan bertukar menjadi sayang atau sebaliknya? Itu korang kena tengok sendiri dalam drama ni lah yer. tak syok lah bagi spoiler ja kan. haha

Selamat menonton.




2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post