Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda Tv 3

Mulai 20 Disember 2018, Drama baru akan ditayangkan di tv 3 untuk slot pukul 7 petang adalah drama pujaan hati kanda. Ramai yang dah tahu siapa pelakon dia tapi aku nak kongsikan juga dua pelakon utama drama ini adalah Remy Ishak dan Mira Filzah.

OMG ! Ada abang remy dan kak mira lah ! hahaha. Senarai pelakon pujaan hati kanda adalah Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Dian P Ramlee dan Catriona Ross.

Mesti peminat-peminat mereka tak sabar nak tengok drama ni kan.

DRAMA PUJAAN HATI KANDA

👉  Tarikh Mula Tayangan : 20/12/20018
👉  Waktu Tayangan : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
👉  Saluran tayangan : TV3

Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda 


Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Danny yang merupakan seorang playboy. Dia kemudiannya telah insaf dan ingin memulakan hidup baru. Pada hari penikahannya dengan Nadine, mereka terjumpa seorang bayi yang ditinggalkan diluar masjid pada majlis akad nikah mereka.

Ada sekeping kad ucapan dan juga sijil kelahiran diletakkan sekali pada bayi tersebut. Nadine ingin memastikan yang danny bertanggungjawab terhadap budak itu. Mereka membatalkan perkahwinan mereka tersebut.

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda

Danny terpaksa mencari pengasuh bagi bayi bertuah. Dia akhirnya berjumpa dengan tiara dan Reena. Kedua-dua masih belajar di universiti dan memerlukan wang.

Jadi merekalah yang menjaga bayi tersebut. Danny pun telah menceritakan peristiwa sebenar kepada mereka berdua.

Masa berlalu dengan pantasnya, Tiara berjaya menamatkan pengajiannya. Mereka terpaka membuat alasan bagi memastikan keluarga tiara membenarkan dia menjaga bayi itu selepas tiara habis belajar.

Drama Pujaan Hati Kanda

Alhamdulillah, Keluarga tiara menerima alasan tersebut. Danny pula berjanji akan mencari perempuan yang meletakkan bayi tersebut dan telah mengganggu kehidupannya sehingga sekarang.


Mampukah Danny mencari orang yang memberikan bayi tersebut? Siapa dia ? itu semua akan terjawab dalam drama pujaan hati kanda yang akan bermula siaran pada 20 disember 2018 ini.

TONTON EPISOD PENUH DRAMA PUJAAN HATI KANDA 


Memandangkan pihak TV 3 ada upload setiap episod drama dekat youtube. aku tolong compilekan untuk tonton korang ya.

Korang hanya perlu klik link dibawah untuk menonton episod-episod yang anda mahukan. Selamat menonton !


Macam mana ?
Best tak ?

Sambil-sambil tengok tu, jom like page aku >> Kataubaid << tanda support.

Lepas ni, kalau korang nak tengok episod baru, boleh lah singgah sini, aku akan kemaskini setiap hari tau.

Tunggu !

Previous Post Next Post