HUKUM UPLOAD GAMBAR MAKANAN DALAM BULAN PUASA !

Permasalahan puasa yang terbaru ialah apakah boleh upload gambar makanan dan share di facebook, instagram dan juga Tiktok. Ramai yang selalu buat benda ni kan.


Bakal memasuki bulan puasa ni, mesti ramai dah ready nak off instagram. hehe sebab banyak sungguh gambar makanan dalam tu kan. tapi apa sebenarnya hukum upload gambar makanan dalam bulan puasa ? korang mesti nak tahukan.


Punca utamanya adalah kerana bimbang adakah dosa jika kita muat naik gambar masakan kita di sosial media di bulan ramadhan sedangkan semua ummat Islam sedang menahan diri daripada makan dan minum.


Kiranya tak mau rasa bersalahlah kan. hehe


hukum upload gambar makanan dalam bulan puasa
Hukum muat naik gambar makanan dalam bulan puasa. Gambar background sumber google

Hukum Upload Gambar Makanan Dalam Bulan Ramadhan !


Aku petik dari ceramah Ustaz azhar Idrus di Masjid Bayan Baru Pulau Pinang baru-baru ni ( 14 mei 2017 ).

1. Makruh !

Bila korang upload gambar sekadar suka-suka.

2. Harus !

Ini pula bagi mereka yang berniaga makanan di bulan puasa. Mereka ni kena upload gambar makanan yang mereka masak untuk melariskan jualan mereka pada hari tersebut. maka ia di haruskan .

Jadi fahamlah kita yang ada dua penjelasan mengenai boleh atau tidak upload gambar makanan dalam bulan puasa ini. Bukanlah sampai haram tapi hanya makruh.

Jadi nak buat macam mana ni ? nak upload atau tak ?

Pendapat aku : 


jawapannya adalah jangan upload . mudah ja. kita nak jaga amalan kita di bulan puasa , jadi elakkan perkara makruh dari kita lakukan ketika puasa. Lagi satu, ia lebih baik berbanding kita upload gambar makanan . dah menyusahkan kawan-kawan kita yang lain. terliur depa bila tengok gambar makanan kan.

jangan cakap depa terliur, aku pun nangis tengok gambar makan bila bulan puasa. lapaq weh ! hehehe

Bagi yang berniaga pula, tiada masalah untuk upload gambar makanan ketika bulan puasa. kalau blogger lak macam mana ? aku rasa dia termasuk dalam upload gambar untuk promosi kedai makan. ini khas untuk blogger yang review buffet ramadhan sahaja. jadi tak ada masalah untuk upload gambar tersebut .

Yang lain-lain tu akan masuk ke hukum makruh .

Masalah dalam bulan puasa yang mungkin korang tertanya-tanya adalah seperti berikut :

1. Hukum Pakai Earphone ketika berpuasa .
2. Hukum Telan Air Liur Ketika puasa.
3. Hukum Korek Hidup dan Telingan ketika puasa .

Semoga bermanfaat.

Kesimpulan .

Islam satu agama yang menyebarkan rahmat kepada seluruh alam. ulama menentapkan hukum juga berdasarkan al-quran dan hadis sebagai panduan pada kita. jadi dengan HUKUM UPLOAD GAMBAR MAKANAN DALAM BULAN PUASA ini membantu kita lebih mudah untuk beramal dengan lebih baik dan sempurna .

Selamat berpuasa .

Sekian .

SILAKAN SHARE ILMU INI DENGAN RAKAN-RAKAN LAIN.

Previous Post Next Post