Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 8 Gegar Vaganza 2019 (GV6)

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 8 Gegar Vaganza 2019 (GV6). Semalam telah berlangsungnya konsert gegar vaganza untuk minggu ke lapan. Ramai yang sangka semalam dah final tapi sebenarnya bukan tau.

Astro tambah lagi siaran sampai minggu ke 11 nanti.

Minggu ini, kita lihat seorang peserta tersingkir iaitu ROY. Dia dah buat yang terbaik untuk minggu ini dan setakat itu sahaja rezekinya dalam gegar vaganza musim ke 6 ini.

Siapa pula yang akan tersingkir pada minggu ke sembilan nanti? Haaa, makin bahaya kedudukan para peserta kali ini.

Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 8 Gegar Vaganza 2019 (GV6)



Sebelum itu, jom baca markah para peserta minggu lepas disini (klik).

Oh ya, mesti ramai nak tahu siapa juara untuk minggu ke 8 ini? Korang boleh sambung baca di bawah ini ya.


Markah dan Kedudukan Peserta Minggu 8 Gegar Vaganza 2019 (GV6)



1. Naqiu - Percayalah (73%)

Hetty Koes Endang: Ini yang sebetulnya saya harapkan daripada semua peserta. Lagu ini melekat dengan Siti, jadi saya cuba cari kesalahan. Kamu ada modulasi. Endingnya kamu hajar! Penampilan anda setiap minggu berubah-ubah.

Ramli MS: ada part depan tak suka. Kraken!


2. Jatt Ali - Sejuta Wajah (72%)

Fauzi Marzuki: Saya dah tengok persembahan anda, dapat komen bagus. Malam ini anda hentam je lagu, bagus! Dia nyanyi feel, blues, dia perform.


3. Hady Mirza -  Malaikat (70%)

Tarmimi Siregar: Anda nampak muda 10 tahun, sungguh cantik persembahan tadi.


4. One Nation Emcees - Anak (65%)

Tarmimi Siregar: So good! Sketsa tadi tambah perisa. Yang rap pun sampai suara dia.





5.Wann - Wajah Rahsia Hati (63%)

Fauzi Marzuki: Daripada segi nyanyian tak ada masalah, cuma pada interlude kena betul-betul berlatih pitching. Anda perlu bijak cover diri sendiri.


6. Noorshila Amin - Samar Bayangan (62%)

Ramli MS: Cantik! Walau suara pecah kami tak juri warna suara. Dalam suara ada angin, dalam angin ada nada, kami menjuri dari situ. Hari ni cantik suara.

7.Sham Visa - Separuh Aku (58%)

Tarmimi Siregar: Macam Ironman malam ni. Minggu ni nampaknya baik walau berhati-hati.

Ramli MS: Minggu ini saya kena jadi kejam sikit.


Sham visa



8. Nurfatima - Cobalah Untuk Setia (58%)

Hetty Koes Endang: Ekspresi kamu seharusnya penuh emosi. Kamu fahami isi cerita lagu. Tembakan tengah-tengah ada. Akhir-akhir ada flat! Bahasa badan seharusnya lepaskan sahaja jangan statik sangat.


9.Roy -  Seniman Menangis (55%)

Ramli MS: 40 peratus nyanyian okey, feel itu jangan diulang. Sekali sahaja okey.

korang boleh baca Komen Roy selepas tersingkir di sini (klik).

Markah sumber: Astro Gempak.


Tahniah buat Naqiu kerana menjadi juara di minggu ke lapan ini. Bukan mudah untuk mengekalkan momentum sepanjang gv ini tapi dia buat yang terbaik dan semakin baik pada setiap minggu.

Kalau korang nak tahu senarai lagu untuk minggu depan, korang boleh baca di - Senarai Lagu Minggu 9 Gegar Vaganza 2019.

Pemenang Anugerah Cili Padi Paling Sedap adalah Naqiu. Memang power persembahan dia semalam.

Power tau Naqiu menyanyi lagu Tokti. hehe.

Siapa pula peserta yang akan tersingkir minggu ke sembilan  nanti? Sama-sama kita nantikan!

Jadi kita masih jauh untuk ke Final, diharap para peminat masih bersabar dan terus menyokong para peserta yang akan memberi persembahan pada minggu hadapan.

Kita jumpa lagi pada minggu hadapan.



Previous Post Next Post