Nabil di kecam Kerana Permainkan Jatt Ali dan Wann

Nabil di Kecam Kerana Permainkan Jatt Ali dan Wann. Baru jer masuk minggu pertama netizen dah mula buat kerja mereka. haha Nabil dan jihan merupakan partner hos untuk gegar vaganza 2019 ni.

Seperti biasa, kita tahu yang diorang ni memang laser kemain bila tengah live dekat konsert gegar vaganza tu. Setiap musim mesti ada jer isu yang terkeluar di media yang mengaitkan kesalahan dua-dua orang pengacara ini.

Untuk minggu pertama gegar vaganza 2019, Nabil merupakan mangsa pertama mendapat kritikan dari netizen. Katanya Nabil mempermainkan Jatt Ali dan Wann. Dia dikatakan kurang ajar terhadap kedua peserta legend ini.

Nabil di kecam Kerana Permainkan Jatt Ali dan Wann


Nabil tampil mengulas isu yang berlaku.

" Saya Bukan biadap tetapi itu adalah skrip jalan cerita"

" Sudah 6 tahun saya mengacara GV dan tidak kisah dengan apa yang mereka mahu cakap "

- ulasan Nabil kepada Harian Metro.

Nabil juga berkata, dia dibenarkan membuat lawak sedemikian ketika siaran langsung. Namun, dia masih menghormati peserta-peserta tersebut selepas siaran langsung.

Aku yang tengok gegar vaganza dari musim kedua memang dah masak dah dengan perangai Nabil dengan Jihan. Aku yakin peserta-peserta pun tak kisah sebab dah tahu diorang memang macam tu.

Tapi apa-apa pun Nabil dengan Jihan kena hati-hati takut nanti ada yang bawa isu ini dengan lebih serius pula kan.

Kita bukan tahu netizen punya perangai. haha

Good luck Nabil dan Jihan !

[dah baca ? ] Senarai lagu minggu 2 gegar vaganza 2019


Previous Post Next Post