Program realiti nombor satu Malaysia, Gegar Vaganza 12 (GV2025) kini meneruskan minggu kedua dengan penuh debaran! Selepas minggu pembukaan yang mencetus fenomena, para peserta kini berdepan cabaran baharu dengan tema persembahan yang lebih mencabar.

Minggu ini menjadi penentu awal prestasi sebenar setiap bintang — siapa yang mampu kekal konsisten dan siapa pula yang bakal berada di zon bahaya.

Tarikh Siaran: Ahad, 2 November 2025
Masa: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria (CH104) & Astro Go


Markah & Kedudukan Gegar Vaganza 12 (GV2025) Minggu 2



🧾 Markah Penuh Gegar Vaganza 12 (GV2025) Minggu 2

Berikut markah & kedudukan di bawah merupakan markah rasmi minggu kedua sebagai rujukan para peminat. Ia sudah dikemaskini selepas konsert minggu ke 2 tau.

Markah rasmi dikemaskini pada 10 November 2025 selepas siaran langsung GV12 di Astro Ria


Iskandar Ismail - 71.50%

Nubhan - 67.75%

Mendua - 67.50%

Shae - 65.25%

Freshies - 65.00%

Mark Adam - 63.25%

Krisya - 63.25%

Rahmat Ekamatra - 62.75%

Ruri Repvblik - 62.75% 

Korie - 59.50%

Shy - 59.50% 

Mel Sakura - 56.00%

Dato’ Elaine Kang - 52%

Penyingkiran : Tiada


🌟 Kedudukan Terkini GV12 Minggu 2

Selepas dua minggu bersiaran, berikut kedudukan sementara berdasarkan jumlah markah keseluruhan GV12:

  1. Iskandar Ismail – Suara Iskandar merdu betul tau minggu ni. Ramai puji termasuk juri. Konsisten dengan vokal mantap & kawalan nada tinggi. Baca biodata iskandar di biodata iskandar ismail GV 12

  2. Nubhan – Persembahan penuh emosi dan nostalgia. Alunan suara yang merdu membuatkan bonda hetty terpegun siap puji lagi tau.

  3. Mendua – Bawa gaya moden & hiburan pentas yang segar. Tetapi perlu hati-hati kata Tok Naz takut over sangat sehingga menghilangkan air lagu tersebut.

  4. Shae – Peningkatan yang drastik dalam persembahan minggu kedua. Tok Ram puji dan cakap minggu kedua lebih baik dari minggu pertama. Elemen drama dalam persembahan sangat baik dan suara ada merdu.

  5. Freshies – Vokal stabil dengan gaya tersendiri. Persembahan pembukaan yang sempurna tetapi perlu ada kesamaan antara kedua-dua penyanyi sebab untuk nampak keseimbangan kata bonda hetty.

  6. Mark Adam – Jatuh kedudukan mark adam minggu kedua ni. Tok Naz bagi nasihat agar tidak terlalu takut dan mungkin minggu ini kurang sikit berbanding minggu pertama yang kita dapat lihat mark adam enjoy dengan persembahannya.

  7. Krisya – Suara serak basah semakin menonjol. Dato Ramli Ms yakin krisya akan jadi lebih power dalam beberapa minggu ke hadapan. Keyakinan dalam persembahan minggu ke 2 ni pun semakin baik. 

  8. Rahmat Ekamatra – Gaya nyanyian Indonesia terus mencuri perhatian. Ramai enjoy sing a long dalam persembahan minggu ini. Rahmat selesa di atas pentas.

  9. Ruri Repvblik – Masih dalam zon selamat tapi perlu lebih dinamik. Ruri ada peningkatan dan hanya beberapa part sahaja perlu di perbaiki kata bonda hetty berbanding konsert minggu 1.

  10. Korie– Berada di zon bahaya, perlu lebih menyerlah minggu hadapan. Nampak persembahan makin berkeyakinan dan semakin baik. Tok Naz cakap ada aura ella versi lelaki di atas pentas.

  11. Shy8 - Suara serak menjadi igauan yang merdu untuk para pendengar. Stage appearance sangat baik. nampak ear monitor ganggu persembahan Shy8 pada minggu ini.

  12. Mell Sakura - Persembahan sangat baik. ada beberapa bahagian perlu di perbaiki. Tok Naz cadang kalau dapat lagu lagi susah buat sesuatu yang luar biasa tetapi kekalkan identiti Mell sakura. Korang bacalah biodata mell sakura

  13. Dato' Elaine Kang - Persembahan minggu ini nampak sukar untuk Dato'. Dia sendiri dedahkan yang dia sukar menyanyi lagu melayu dan mujur tiada penyingkiran. Masih boleh meneruskan persembahan pada minggu hadapan.


Markah & Kedudukan Gegar Vaganza 12 (GV2025) Minggu 2




💬 Ulasan Juri & Persembahan

Minggu ini juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat memberi pelbagai komen menarik.
Beberapa peserta menerima pujian atas peningkatan vokal dan kreativiti, manakala ada juga yang ditegur kerana pemilihan lagu kurang sesuai dengan karakter suara.

Menurut Datuk Ramli MS, "GV bukan sekadar nyanyi kuat, tapi nyanyi dengan jiwa dan teknik."


📺 Cara Tonton Ulangan GV12 Minggu 2

Bagi yang terlepas siaran langsung, anda boleh tonton semula di:

  • Astro Go: astrogo.astro.com.my

  • On Demand (Astro Ultra Box): Cari tajuk Gegar Vaganza 12

  • YouTube Astro Gempak: Sorotan & persembahan penuh setiap minggu

❓ Soalan Lazim (FAQ)

1. Bilakah tarikh siaran Gegar Vaganza 12 Minggu 2?
GV12 Minggu 2 disiarkan pada Ahad, 2 November 2025 jam 9 malam di Astro Ria & Astro Go.

2. Siapa juri Gegar Vaganza 12 (GV2025)?
Panel juri tetap ialah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Datuk Syafinaz Selamat. Setiap minggu turut disertai juri jemputan istimewa.

3. Siapa yang tersingkir minggu 2 GV12?
Keputusan rasmi penyingkiran akan dikemaskini selepas siaran penuh minggu kedua.

4. Di mana boleh semak markah & kedudukan GV12 terkini?
Anda boleh semak markah dan kedudukan terkini di Astro Gempak atau laman ini selepas rancangan bersiaran.


🏁 Kesimpulan

Minggu kedua Gegar Vaganza 12 (GV2025) terus mencipta sejarah dengan persembahan luar biasa daripada para peserta legenda. Walaupun baru dua minggu, aura GV semakin membara dan sukar diramal siapa bakal ke peringkat akhir.

Teruskan menyokong artis kegemaran anda dan saksikan siapa yang akan terus mara ke minggu ke-3!