Markah dan Kedudukan Minggu Pertama Gegar Vaganza 2019 (GV6). Semalam telah bermulanya siaran konsert gegar vaganza 2019. Memang ramai yang menantikan para peserta gegar vaganza musim ini beraksi dan mereka juga telah selesai melakukan tugas pertama mereka.

Untuk minggu ini, bertemakan Lagu ke Artis telah berjaya mengembalikan nostalgia-nostalgia lama bersama dengan penyanyi-penyanyi kegemaran peminat ini. Bukan senang untuk kembali dan menghiburkan peminat-peminat, betul tak ?

Markah dan Kedudukan Minggu Pertama Gegar Vaganza 2019 (GV6)

baca juga : Senarai lagu Minggu pertama GV 2019 .


Setiap kali GV, mesti ramai yang nak tahu markah dan kedudukan peserta kan. jom kita baca di bawah.

Markah dan Kedudukan Minggu Pertama Gegar Vaganza 2019 (GV6)


1. Jatt Ali - Cahaya Aidilfitri & Khayalan (84.67%)

Ramli MS: 63 tahun tapi boleh nyanyi macam ni.


2. Hady Mirza - Angkasa (74.33%)

Ramli MS: Last chorus fantastic! Sangat tinggi dan susah nak nyanyi.

Hetty Koes Endang: Tempo, feeling, klimaksnya kamu dapat!


3. Wann - Bossanova (74.33%)

Ella:

Anda menjiwainya dengan bagus, saya sukakan suara anda. Suara best, manjanya, seksinya!

Hetty: Hati-hati artikulasi kurang jelas. Itu ciri khas anda. Terlalu banyak 'ahak ahak'!


4. One Nation Emcees - Anak Kampung (73.67%)

Hetty Koes Endang: Perbezaan group dan solo lagi susah sebab masing-masing harus ada karakter tersendiri sehingga pakej itu jadi luar biasa. Bahagian solo benar-benar menghiburkan!


5. Sham Visa - Dalam Gerimis (73.33%)

Hetty Koes Endang: Nada tinggi kamu okey cuma nada rendah perlu berlatih lagi. Agak kurang tapi bukan 'flat'.

Ella: Charming!


6. Roy - Ratnaku (66.33%)

Ella: Saya suka, tak ada apa yang berubah!


7. Nurfatima - Selembut Sutera (62.33%)

Ramli MS: Persembahan ini tak cukup, saya tahu kamu. Tak perlu simpan-simpan.

Hetty Koes Endang: Sebagai penyanyi, ia sama seperti sedang bercerita. Tetapi masih ada bahagian yang 'flat'. Berlatih lagi!


8. Naqiu Boboy - Episod Cinta (61%)

Ella: Saya suka penampilan anda, tahniah anda dapat mendalami lagu ini.

Hetty Koes Endang: Saya lebih suka kalau kamu pegang 'stand mic', auranya di situ. Ia sebahagian daripada persembahan pentas.


9. Ameer Sofazr - Janjiku (59%)

Ramli MS: Masih banyak stage fright, anda sepatutnya lebih relaks. Harap minggu depan anda lebih bersedia, saya perlukan tahap yang lebih baik dan saya yakin anda boleh lakukannya.


10. Feeza - Ungkapan Kata Bernafas Cinta (56.67%)

Ramli MS: Nyanyian anda ke belakang, kalau buang myzik it's fine. Kena dengar, kalau lambat kena kejar! Bila nyanyi tak peka tempo.


11. Kool - Bebas (55.33%)

Ella: Persembahan masih paras yang baik. Kawalan pentas yang bagus dan tenaga yang solid. Saya terhibur!


12. Noorshila Amin - Rambu Ramba (54%)

Hetty Koes Endang: Karakter vokal mantap. Kalian sudah biasa menyanyi tetapi mesti menjaga tempo, 'feeling' dan klimaks.


13. Mazleela - Tabah (46.67%)

Hetty Koes Endang: Karakter vokal bagus, tempo aman, tapi banyak sekali 'flat'. Mudah-mudahan sering berlatih supaya nadanya bagus.


Fuhh memang power persembahan para peserta minggu ni kan. Peminat-peminat pun puas hati dengan persembahan para peserta.

Tugasan Minggu 2 - Senarai Lagu Gegar vaganza 2019 minggu 2 (klik untuk baca) .

Cabaran sebenar akan bermula pada minggu depan. Bagaimana markah dan kedudukan peserta minggu depan? sama-sama kita nantikan.


Post a Comment

Previous Post Next Post