Biodata Sean Lee, Pelakon Drama Demi Rindumu (2019)

Biodata Sean Lee, Pelakon Drama Demi Rindumu ini mula diminati sejak kebelakangan ini. Sean Lee merupakan antara pelakon baru yang diketengahkan oleh Micheal Ang dalam Coffee Prince versi Malaysia beberapa tahun sebelum ini.

Aku mula kenal dengan dia dari drama tu lah. Sampai sekarang dia makin meningkat naik dan makin digemari oleh peminat drama tempatan.

Terbaru, Sean muncul dalam drama demi rindumu dan digandingkan dengan Janna Nick tau. Kata drama ni sweet-sweet gitu. haha

Biodata Sean Lee

Adakah sebab muka dia hensem macam jejaka korea atau sebab bakat nya? Jom kita baca sampai habis biodata sean lee ni ya.

Biodata Sean Lee, Pelakon Drama Demi Rindumu

Nama Penuh : Sean Lee Jia Ern
Nama Artis : Sean lee
Asal : Selangor
Tarikh Lahir : 17 Ogos 1994
Ig : Instagram Sean Lee.

Selain dari berlakon, Sean juga merupakan pengacara dalam rancangan I Can See Your voice Malaysia Musim kedua baru-baru ini. Banyak perubahan yang berlaku terhadap Sean sejak makin dikenali ramai ni.

Aku rasa ramai suka dekat sean lee ni sebab dia fasih cakap melayu walaupun dia berbangsa Cina. Dengan kebolehan tu menyebabkan dia mudah didekati peminat drama-drama melayu tempatan.

Senarai Drama lakonan Sean Lee

Ini merupakan drama yang pernah dilakonkan oleh sean lee.
  • Road To Ramlee(2015), Keluarga Pontimau (2015) , My Coffee Prince(2017), Bimbi & Bonni Misi 007 (2018), Sepasang Awan Putih (2018), Sweet Dreams (2019) dan terbaru adalah demi rindumu (2019).


Biodata Sean Lee

Rupanya sebelum My Coffee Prince tu, Sean lee dah berlakon dah drama rupanya. Aku ingat tu drama pertama dia. hehe

Gandingan Sean dan Ben Amir baru-baru ini berjaya meningkatkan namanya dalam industri seni tanah air. Kita harap dia tak lupa diri dan terus berikan yang terbaik untuk peminat-peminatnya.

Akhir sekali, jangan lupa terus sokong karier Sean lee dengan menonton drama-drama lakonan dia di tv. Lagi satu, jangan lupa kongsikan entri biodata sean lee ini di facebook atau whatsapp group anda.

Tahniah Sean dan Semoga Berjaya!


Previous Post Next Post