Recents in Beach

Drama Seribu Rindu (TV3)

Drama Seribu Rindu. Lama jugakan aku tak cerita pasal drama terbaru dekat sini. Jadi kali ini aku kongsikan drama yang tengah viral sekarang ini bertajuk SERIBU RINDU. Antara pelakon yang membarisi cerita ini adalah Zul Ariffin dan juga Azira Shafinaz( Defam ).

Best atau tidak cerita ni sebenarnya?

Bagi aku, cerita ni best sebab jalan cerita dia agak menarik walaupun jalan cerita dia lebih kurang jer dengan cerita melayu yang lain. Yang menarik dia adalah beberapa scene yang diluar jangkaan.

Drama Seribu rindu
Sweet Irfan dan Maisarah ni, tapi kalau bergaduh.. fuhh stress..



Antaranya adalah scene dimana berlaku pergaduhan di antara Irfan dan Airel bagi mendapatkan cinta hati mereka iaitu Maisarah. Di samping itu, pergolakkan keluarga juga menjadi faktor kenapa jalan cerita seribu rindu ini sangat menarik.

SERIBU RINDU

Bil Episod : 28 episod
Tarikh Mula Tayangan : 12 November 2018
Waktu tayangan : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran Tayangan :  TV3

Senarai Pelakon Drama Seribu rindu adalah Zul Ariffin Sebagai Irfan , Azira Shafinaz sebagai Maisarah, Mona Allen sebagai Damia, Ku Fridah, Fadlan Hazim sebagai Airel, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Julia Farhana Marin, Ainul Aishah, Doria Rachel Jolly.

SINOPSIS DRAMA SERIBU RINDU.


Drama ini mengisahkan tentang percintaan tiga segi di antara Irfan, Airel dan juga Maisarah. Airel sukakan maisarah, namun hubungan mereka tidak mendapat restu dari bapanya.

Ini kerana bapa maisarah merupakan pembunuh ibu airel. Maka terjadilah konflik di situ. Akhirnya hubungan mereka putus dan airel berkahwin dengan damia. Pilihan ayahnya yan juga merupakan anak kawan bapanya.

Maisarah juga bertemu dengan irfan seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Sejak dari kecil sampailah ke dewasa, Irfan sentiasa ada dengannya. Akhirnya mereka berkahwin.

Selepas mereka berkahwin, Airel tidak puas hati dan terus mengacau keluarga maisarah atau sarah. sehinggalah berlaku pergaduhan diantara Irfan dan sarah. Irfan pula ditimpa musibah apabila beliau lumpuh selepas kemalangan jalan raya.

Pelakon Drama Seribu rindu
Ini antara pelakon seribu rindu. Keluarga Irfan dan juga keluarga Maisarah


Dipenghujung cerita, Irfan dan sarah bergaduh besar. Sehinggakan mereka hampir berpisah dan ini semua kerana si Airel tulah. geram aku !

Mampukah Sarah dan Irfan menyelamatkan keluarga mereka? apa pula muslihat Ayah Airel untuk menghancurkan keluarga yang telah membunuh isterinya itu ?

kalau nak tahu, anda kena tengok drama seribu rindu di tv 3 tau. Aku cerita sinopsis seribu rindu ni secara ringkas jer tau. kalau nak full, kena tengok lah drama ni. hehe

---

Aku punya stress bila tengok si Airel ni. geram gila.. kerja nak mengorat bini orang. mana boleh macam ni. ish ish ish.

Korang pun jangan mengorat bini orang tau !

Post a Comment

0 Comments