MUSIM DURIAN 2017 DI PULAU PINANG KEMBALI !

Share:
Pulau pinang memang terkenal dengan Musim Durian. Orang ramai sanggup datang dari jauh ke pulau pinang semata-mata nak makan durian. Orang cakap durian penang ni lain dari lain. Aku tak tau rasa dia macam mana sebab aku memang tak makan durian . hehe jadi korang kena tanyalah orang yang berpengalaman.

Musim Durian 2017 di Pulau Pinang bakal bermula tidak lama lagi. Ada pun sekarang ni kalau korang teringin sangat nak makan durian tapi tak banyaklah. Dia baru dok masak sikit-sikit.


Musim Durian 2017 Pulau Pinang . Gambar background sumber google 

MUSIM DURIAN 2017 DI PULAU PINANG ! 


Untuk awal musim ini, korang memang nampak durian akan di jual di tepi jalan , tapi hati-hati sebabnya durian tu bukan dari pulau pinang. Mungkin dari luar di bawa masuk ke Pulau Pinang. Ini pun sebab bapa aku tanya penjual tu, dia cakap durian penang belum keluar lagi. tapi tak lama lagi keluar lah tu . * stakat tarikh 21 Mei 2017 .

Baca juga : Menu Musim Durian Yang Paling Laku !

Bila Musim Durian 2017 Pulau Pinang bermula ?


Selalunya dah mula dah tapi mungkin awal Jun 2017 mungkin mula sepenuhnya. Jadi mai lah sini . hehe . Ada juga yang cakap musim durian tahun ni lambat sikit berbanding tahun lepas. jadi korang kena sabar lah kejap yer. hehe

Lokasi Musim Durian 2017 Tumpuan ?


Mesti ramai yang nak tau dekat manalah tempat jual durian di pulau pinang ni kan . hehe baik bagi yang tak tahu . lokasinya selalu di Balik Pulau, Pulau Pinang . korang boleh dapatkan durian yang sedap-sedap di tepi jalan sepanjang jalan ke Balik Pulau .

Lokasi kedua adalah di anjung Indah , juga di Balik Pulau . * lokasi terkenal untuk cari durian ketika musim durian di pulau pinang .

Panduan Beli Durian Di Pulau Pinang !


Memandangkan korang memang hantu durian, jadi kiranya musim durian 2017 ni memang musim korang bermaharaja lela. haha kesian dekat kami yang tak makan durian ni. hehe tapi aku nak kongsikan jugalah tips beli durian di Pulau Pinang ni .

1. Beli durian yang dalam kampung sikit untuk harga lebih murah .
2. Tengok elok-elok durian tu, takut depa campur dengan durian tempat lain.
3. Masa beli, cakap loghat penang. hahaha takut depa letak harga mahal dekat orang luaq.

Kesimpulannya .

Musim durian 2017 di Pulau Pinang sememangnya di nantikan oleh penggemar durian. jadi kalau korang penggemar durian , siap sedia hari cuti anda untuk datang dan lepak di negeri Pulau Pinang dan makan durian sepuas-puasnya.

Memang syurga durian , tapi satu ja jangan lupa !

Bawa duit !

hehehe

Sekian .

No comments