11 HADIAH HARI GURU 2017 YANG BOLEH KORANG BAGI DEKAT GURU SEMPENA HARI GURU 2017 !

Share:
11 HADIAH HARI GURU 2017 | Bulan mei ni sentiasa penuh dengan sambutan hari-hari tertentu. Sebagai contoh Hari Guru , Hari Pekerja , Hari Jururawat dan Hari Ibu. Tidak di lupakan Hari guru. Sebelum ni aku dah pernah kongsikan mengenai hadiah hari ibu . Jadi hari ni aku nak kongsikan pula 11 Hadiah Hari Guru 2017 untuk korang .

11 HADIAH HARI GURU 2017


1. Buku Nota .

Buku Nota selalu menjadi pilihan masa aku zaman sekolah dulu. Mana nak cari hadiah bila kau dok dekat asrama kan. hehe apa yang ada dekat koop tu la yang menjadi tumpuan. Lagi satu tak pakai bajet yang banyak juga kan . Tapi jangan lah beli buku nota yang ada logo sekolah tu. kesian cikgu kena menghadap logo tu tiap hari. hehe

Hadiah Hari Guru 2017
Gambar sumber google; Note book untuk hadiah hari guru 2017

2. Pen

Aku pernah dengar, orang kata kalau nak bagi hadiah dekat cikgu bagi Pen Warna Merah . hehe mula-mula aku tak dapat nak tangkap apa maksud dia. rupa-rupanya betullah, cikgukan suka pakai pen merah nak tanda buku korang. jadi beli satu untuk cikgu sebagai tanda terima kasih dan tanda nak markah lebih. hahaha yang kedua tu aku melawak jer na.

3. Bunga .

Dulu, pelajar perempuan selalu beli bunga dekat cikgu. Ada yang bagi bung dekat cikgu lelaki sebab dia suka cikgu tu. Tapi ada cikgu yang dah bagitau awal-awal dah yang dia tak mau bunga. hahaha lawak betul cikgu ni. jadi terpaksalah cancel bunga.  korang kalau nak beli bunga, beli lah bunga yang sesuai ya.

Jangan pulak beli bunga taik ayam untuk hadiah hari guru 2017 ni. hehehe

4. Coklat .

Cukup sinonim dengan pelajar beli coklat dan hadiahkan kepad cikgu . Dan aku rasa ia masih relevan sampai ke hari ini untuk bagi coklat sebagai hadiah hari guru . Cari coklat yang sedap-sedap dan pastikan dia tak cair masa bagi dekat cikgu tau. hehe

5. Kek

Mungkin susah sikit nak bawa, tapi ia lebih jimat kalau korang share ramai-ramai dan bagi dekat cikgu. beli satu kek untuk satu kelas dan bagi dekat cikgu. jangan lak korang gi makan sekali. haha tak jadi hadiah dah lepas tu .

Kalau nak lagi mudah, buat kek untuk hadiah hari guru sendiri . hehe

6. Mug

Aku pernah rasanya bagi Mug dekat cikgu . tapi tak ingat cikgu mana. hehe kalau ada mug lebih dekat rumah atau korang nak beli sendiri, boleh bagi dekat cikgu. elakkan pecah sebelum bagi dekat cikgu tau.


hadiah hari guru 2017
Mug hadiah hari guru 2017 , gmbar sumber google


7. Frame gambar .

Selalunya orang akan cari frame gambar yang kecil sesuai untuk di letakkan di atas meja cikgu. korang boleh letak gambar kelas korang dalam frame tu. kiranya nanti cikgu akan ingatlah korang yang bagi hadiah dekat dia .

hehehe

8. Baju .

Dalam bab ni , korang kena pandai bab size dan design baju. kalau nak bagi baju dekat cikgu perempuan , baik bagi baju kurung berbanding baju t-shirt . size tu pandai-pandai lah korang cari. kalau cikgu laki lagi senang, beli tshirt atau shirt biasa pun dah cukup kan.

9. Beg 

Simple dan mudah , korang cari beg yang boleh cikgu letak soalan periksa dalam tu atau pun buku . Alang-alang bagi hadiah kita mudahkan lagi kerja cikgu kan.

10. Shawl .

Kalau cikgu korang minat bergaya. apa kata korang belikan Shawl untuk diorang. hehe mungkin cikgu lebih suka dan sayang korang lepas ni .

11. Perfume .

Barang ni memang jarang orang buat tapi tak salah pun kalau mak ayah ada duit lebih kan. beli satu kemudian balut cantik-cantik dan hadiahkan dekat cikgu sempena hari guru 2017 . selesai .


hadiah hari guru 2017
Hadiah perfume untuk hari guru, gambar sumber google

TIPS !


1. Korang boleh beli hadiah hari guru dengan lazada sebab banyak harga murah dekat sana . hehe tak yah gaduh nak pergi cari hadiah hari guru di merata-rata tempat kan .

2. Passtikan korang beli hadiah yang sesuai dengan kewangan mak ayah korang. jangan susahkan mak ayah kita bekerja dengan hadiah yang mahal. sebabnya mungkin mak ayah kita lebih memerlukan duit itu untuk perbelanjaan kehidupan seharian.

Kesimpulan 


Sambutan hari guru di raikan untuk menghargai jasa guru-guru yang pernah mengajar kita mengenal dunia ini. tanpa mereka kita mungkin tak kenal siapa kita sekarang ini. Ikhlaslah kan diri dalam mengucapkan ucapan terima kasih kepada guru-guru kita walau di mana mereka berada. Semoga Hadiah Hari Guru 2017 ini mampu membuatan guru-guru teringatkan kita .

Selebihnya kitalah yang berperanan untuk mendapatkan result yang elok dalam peperiksaan. Semoga berjaya.

Sekian .

4 comments:

  1. Www.irismyra.blogspot.my
    Jemput singgah ye

    ReplyDelete
  2. Awesome! Alahai, rindu pula zaman sekolah. Hmmmm

    ReplyDelete
  3. Teringat zaman sekolah dulu..rindu kat cikgu..huhuhukkk...

    ReplyDelete