HADIAH HARI IBU YANG MENARIK - MESTI BELI SATU UNTUK IBU ANDA !

HADIAH HARI IBU YANG MENARIK | Setiap tahun tanggal 14 mei akan menjadi satu sambutan hari ibu bagi rakyat malaysia. Hari Ibu yang di sambut bertujuan menghargai jasa insan yang bergelar ibu . Ramai yang pasti mencari hadiah hari ibu yang menarik untuk di berikan kepada ibu tercinta. Jom aku kongsikan HADIAH HARI IBU YANG MENARIK untuk korang .


hadiah yang sesuai untuk hari ibu
Hadiah hari ibu , gambar sumber :gambar-katakata.com


HADIAH HARI IBU YANG MENARIK


Koleksi hadiah ni sebenarnya aku terfikir tadi ja . hehe Mungkin sesuai untuk korang belikan dekat ibu korang atau tidak itu terpulang. aku hanya kongsikan jer ya . Berikut merupakan HADIAH HARI IBU YANG MENARIK

1. Kek 

Selalu juga orang beli kek untuk meraikan sesuatu. betul tak ? Hari jadi dan mungkin korang boleh gunakan untuk sambutan hari ibu juga .

2. Cincin

Bagi yang berkemampuan nak beli barang kemas, boleh beli dan hadiahkan kepada ibu anda. Pasti ibu anda suka sangat ! hehe

3. Buku

Kalau ada ibu yang gemarkan buu-buku, boleh lah belikan buku sama ada buku resepi mahupun buku - buku agama.

4. Ajak keluar makan .

Untuk meraikan , sudah pasti kita akan buat sesuatu kelainan. Ajak makan di luar juga mampu membahagiakan ibu jika anda mampu . sebab diorang tak yah masak . hehe

5. Pulang ke kampung, menziarahi mereka .

Ini yang paling penting. kadang-kadang kita tak ada duit pun, tapi kita masih mampu pulang ke kampung ziarah mak dan ayah, pasti inilah hadiah yang paling bermakna buat mereka .

bagi yang nak shopping lazada ada buat Sales tau! tengok pautan di bawah .

SALES ! - Supermom Sales Lazada !

hadiah sesuai untuk hari ibu
Hadiah hari ibu


Menarik pula bila tengok hadiah ni kan. Mesti ibu anda suka kan. Sebenarnya hadiah paling terbaik adalah anak yang soleh dan solehah buat ibu dan ayah . Perbanyakkan doa kepada mereka. Berbakti selagi mampu .

Raikan Hari Ibu di setiap hari-hari anda .

kadang-kadang kita tak mampu jadi anak yang soleh , tapi usahalah dan jangan putus asa.

Ayah dan ibu sentiasa memerlukan kita, walaupun hakikat mulut mereka kata " tak pa aih, mak ayah okay " . Lihatlah senyuman mereka , bantulah mereka .

akhir sekali ,

Hargai pengorbanan ibu dan ayah walaupun kita sibuk dengan keluarga kita. Kadang-kadang anak-anak kita belajar dari apa yang kita buat. kalau kita tak hargai ibu dan ayah kita,, agak-agak anak-anak kita mampu buat macam tu ke ?

HARAPAN Saja !

tak kan punya. sebab alasan mereka apa ? ibu dan ayah pun tak jaga atuk dan nenek .

Fikir-fikirkanlah

Semoga entri HADIAH HARI IBU YANG MENARIK ini membantu korang mencari maklumat untuk beli hadiah sempena hari ibu nanti . Selamat hari ibu buat ibu tercinta dan semua ibu-ibu di luar sana. semoga sentiasa bergembira dengan hari tersebut.

Sekian .


1 comment... add one now

IQ = Iez Qis IQ = Iez Qis May 9, 2017 at 1:56 PM
jika masih punya ibu, baliklah, dakap mereka. IQ hanya ada ibu mertuaku. huhu

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)