KISAH MISTERI KEHILANGAN GUNTING !

KISAH MISTERI KEHILANGAN GUNTING ! |  Sebelum aku bercerita panjang dan korang akan duduk lama dekat blog ini , aku cadangkan korang untuk ambil nafas, pergi tandas dulu sebabnya adalah untuk mengelakkan diri anda di ganggu ketika membaca entri kisah misteri kehilangan gunting . Sebelum ini aku juga pernah menulis kisah seram lain antaranya adalah Kisam seram di Johor , Hantu Ke ni ? , Cyberjaya Berhantu dan lain-lain . korang boleh terjah dalam blog aku ini ya .

Berbalik , kisah misteri kehilangan gunting ini .satu hari seorang ibu yang sedang memasak di dapur, tiba-tiba beliau mahu menggunakan gunting untuk memudahkan tugasnya di dapur . Gunting tersebut banyak berjasa padanya . Gunting tersebut pernah memotong sayur, cili dan juga pernah memotong perut ikan dan ayam . Pendek kata, Gunting tersebut betul-betul berjasa. Namun, pada hari kejadian semuanya amat mengejutkan .


Hantu seram


Gunting yang sepatutnya berada di dapur.tiba-tiba hilang . si ibu mula syak, kemanakah gunting yang selalu berjasa padanya ini pergi . apabila beliau bertanya kepada anaknya, semuanya mengatakan tidak melihat gunting tersebut. Begitu juga dengan suaminya. soalan yang sama di tanya, jawapannya tidak tahu menahu mengenai gunting tersebut .

Si ibu mula hairan , gunting tersebut bukan boleh di bawa main kerana ia mampu mencederakan manusia jika salah menggunakannya. Si ibu ,sabar dan terus mengajak dan meminta anak-anaknya mencari gunting tersebut . tetapi masih tidak berjumpa. satu keluarga kelihatan pucat dan lesu sambil memikirkan kemanakah perginya gunting yang berjasa itu .

Si ibu kembali tenang , mungkin terjatuh didalam plastik sampah dan telah di buang . si ibu mula bersangka baik dan mula mengeluarkan  gunting baru dari laci dapur untuk di gunakan. Banyak lagi tugas beliau untuk di selesaikan dari memikirkan kehilangan gunting yang banyak berjasa kepadanya . Si anak pula sibuk mencari dan mungkin ada sinar harapan untuk berjumpa dengan gunting yang berjasa itu . Namun masih tidak berjumpa .

Setelah melihat si ibu dengan gunting barunya, si anak-anak pun meninggalkan ibunya supaya lebih selesa memasak di dapur dari di ganggu oleh anak-anak nya . Selang beberapa ketika, terdengar suara si ibu seperti menjerit namun tidak kuat. Si anak terkejut lalu bergegas ke dapur. dan mereka mendapati si ibu telah menjumpai gunting tersebut . rupa-rupanya gunting tersebut berada di celah-celah penutup periuk. patutlah mereka semua cari tak jumpa. hahaha

Si ibu tersenyum riang dan keluarga kembali bahagia. hahaha seram tak kisah misteri kehilangan Gunting . serius seram bila benda tajam hilang. takut ada " benda " bawa lari . Buat kaum ibu di dapur, hati-hati bila memasak. pastikan benda tajam di letakkan di tempat yang betul dan simpan di tempat yang mudah ingat ye. tak yah sibuk cari kalau hilang.

#kisahbenar .

Sekian.

Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

Ayuni Rafilah Ayuni Rafilah September 16, 2016 at 12:23 AM
Di situ rupanya gunting tu... huhu

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)