Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

[LIVE] Talk To My Manager Musim 2 (2026): Senarai Peserta, Markah Mingguan & Info Penuh TTMM2

 

Hai guys !! Program hiburan keluarga popular Talk To My Manager kembali dengan Musim 2 yang lebih meriah, lebih mencabar dan menampilkan barisan selebriti terkenal tanah air.

Selepas kejayaan musim pertama yang mendapat sambutan hangat penonton, Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2) kini tampil dengan lebih ramai pasangan manager dan artis, cabaran menarik serta persembahan menghiburkan untuk tontonan seisi keluarga.

Bagi aku yang dah ikut musim pertama, tarikan utama TTMM ni sebenarnya bukan sekadar nyanyian, tapi gelagat spontan manager yang kadang-kadang lagi 'over' dari artis sendiri. Musim ni dengan adanya Datuk A. Aida dan DSV, aku jamin drama belakang tabir akan jadi topik panas kat TikTok!

Lebih menarik, musim kedua ini turut mengekalkan barisan pengacara dan juri berpengalaman yang bakal mencetuskan suasana lebih meriah sepanjang program berlangsung.


Talk To My Manager Musim 2 (2026): Senarai Peserta, Tarikh Tayangan, Juri & Info Penuh TTMM2


🏆 Kedudukan Terkini (Konsert Minggu 1)

Konsert pertama yang berlangsung pada 19 April menyaksikan persaingan cukup sengit! Berikut adalah tiga pasangan teratas:

  1. Hussain & Jamilulhayat (81.33%)

  2. Azeva & A. Aida (79.67%)

  3. Viviana & Ani Maiyuni (75.67%)

Status Penyingkiran: Syukur, minggu pertama tiada penyingkiran dilakukan. Semua 10 peserta selamat untuk ke minggu depan!

👉 Kilk Sini: Keputusan Markah Penuh & Ulasan Juri Minggu 1


Tarikh Tayangan Talk To My Manager Musim 2

Program Talk To My Manager Musim 2 akan mula bersiaran:

  • 📅 Tarikh: 19 April 2026
  • 🕘 Masa: 9 malam
  • 📺 Saluran: Astro Ria (Saluran 104)
  • 📱 Penstriman: Astro GO & sooka

Musim kedua ini juga akan disiarkan secara langsung, menjadikan persaingan lebih mendebarkan dan tidak boleh dijangka.


Pengacara & Barisan Juri TTMM Musim 2

Musim kedua menyaksikan kembalinya pengacara popular:

  • Datuk Aznil Hj Nawawi – Pengacara Utama

Barisan juri pula terdiri daripada:

  • Che Puan Sarimah Ibrahim
  • Dato’ AC Mizal

Gabungan pengalaman, humor dan kepakaran mereka dijangka memberi warna tersendiri kepada musim kedua ini.


Senarai Peserta Talk To My Manager Musim 2

Musim kedua menyaksikan penyertaan ramai selebriti terkenal bersama pasangan manager mereka:

Senarai Peserta TTMM2

Manager (Sifu) Artis (Bakat) Hubungan Info Peserta
Jamilulhayat Hussain Bapa & Anak Lihat Biodata
A. Aida Azeva Natassha Ibu & Anak Lihat Biodata
Ani Maiyuni Viviana Ibu & Anak Lihat Biodata
Dato' Sri Vida Cik B Ibu & Anak Lihat Biodata
Dato' Fazley Yaakob Fariedz Fazley Bapa & Anak Lihat Biodata
Safura Yaacob Kim Khairii Ibu & Anak Lihat Biodata
Adira Suhaimi Anggrek Ibu & Anak Lihat Biodata
Linda Jasmine Tengku Ratu Ibu & Anak Lihat Biodata
Pak Azad Jasmin Amarra Sofea Rose Bapa & Anak Lihat Biodata
Nana Mahazan Althea Ibu & Anak Lihat Biodata

Barisan ini dijangka memberikan pelbagai momen menarik, lucu dan penuh emosi sepanjang pertandingan berlangsung. Pengalaman aku tengok peserta pesrta ni di sosial media dan aku jangka kan peserta yang akan menjadi tumpuan sudah pasti anak pak azad si amarra tu dan juga angerek yang merupakan anak adira.

Diorang ni lawak betul dekat sosial media dan harap mereka dapat kekal lama sehingga ke final nanti. korang mesti ingat Odah dan emak dia sharifah shahirah musim lepas kan. kelakar habis. hehe. 


Konsep Talk To My Manager Musim 2

Program Talk To My Manager menampilkan konsep unik di mana selebriti dan manager mereka akan berdepan cabaran:

  • Cabaran komunikasi
  • Cabaran persembahan
  • Cabaran kreativiti
  • Cabaran spontan

Setiap cabaran akan menguji keserasian antara artis dan manager dalam pelbagai situasi.

Konsep ini menjadikan program ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi peluang kepada penonton melihat sisi sebenar selebriti.


Kenapa Talk To My Manager Musim 2 Wajib Tonton

Antara sebab TTMM2 dijangka mendapat sambutan:

✅ Lebih ramai selebriti terkenal
✅ Cabaran lebih mencabar
✅ Program disiarkan secara langsung
✅ Gabungan hiburan keluarga
✅ Banyak momen lucu dan spontan

Kombinasi ini menjadikan Talk To My Manager Musim 2 antara program hiburan paling dinanti pada tahun 2026.


Cara Tonton Talk To My Manager Musim 2

Penonton boleh menonton melalui:

📺 Astro Ria (Saluran 104)
📱 Astro GO
📱 sooka
📦 Pek Astro One bermula RM49.99

Penonton juga boleh menikmati kandungan eksklusif serta ulang tayang secara On Demand.


Kesimpulan

Dengan barisan selebriti menarik, cabaran lebih mencabar dan pengacara berpengalaman, Talk To My Manager Musim 2 dijangka menjadi antara program hiburan paling hangat tahun ini.

Jangan lupa saksikan Talk To My Manager Musim 2 bermula 19 April 2026, jam 9 malam di Astro Ria.

Pastinya musim kedua ini lebih meriah, lebih lucu dan lebih dramatik!


FAQ Talk To My Manager Musim 2

Bila Talk To My Manager Musim 2 bermula?

19 April 2026, jam 9 malam

Di mana boleh tonton TTMM2?

Astro Ria, Astro GO dan sooka

Siapa pengacara Talk To My Manager Musim 2?

Datuk Aznil Hj Nawawi

Siapa juri Talk To My Manager Musim 2?

Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal

إرسال تعليق for "[LIVE] Talk To My Manager Musim 2 (2026): Senarai Peserta, Markah Mingguan & Info Penuh TTMM2"