Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Markah Talk To My Manager 2 Minggu 1: Jamilulhayat & Hussain Teraju, Tiada Penyingkiran Minggu Pertama

Aku teruja betul tengok persembahan semalam. Akhirnya Konsert pertama Talk To My Manager 2 membuka tirai dengan saingan sengit apabila kesemua 10 pasangan memberikan persembahan terbaik masing-masing.

Pada minggu pertama ini, pasangan Jamilulhayat bersama Hussain berjaya menduduki tangga pertama selepas memperoleh markah tertinggi daripada barisan juri. Bagi akulah kan, persemabahan diorang semalam memang lain macam dan penuh emosi. Nak nangis terus aku dengar tau.

Menariknya, walaupun terdapat pasangan yang berada di kedudukan tercorot, tiada penyingkiran dilakukan pada minggu pertama sekali gus memberi peluang kepada semua peserta memperbaiki prestasi pada minggu berikutnya.


Markah Talk To My Manager 2 Minggu 1: Jamilulhayat & Hussain Teraju, Tiada Penyingkiran Minggu Pertama




Senarai Markah Talk To My Manager 2 Minggu 1

Berikut adalah kedudukan penuh Talk To My Manager 2 Minggu 1:

Kedudukan Talk To My Manager 2 Minggu 1



Kedudukan Pasangan (Manager & Bakat) Markah Keseluruhan
1 Jamilulhayat & Hussain 81.33%
2 A. Aida & Azeva 79.67%
3 Ani Maiyuni & Viviana 75.67%
4 Dato' Sri Vida & Cik B 74.33%
5 Dato' Dr. Fazley Yaakob & Fariedz Fazley 72.00%
6 Safura Yaacob & Kim Khairii 69.67%
7 Adira Suhaimi & Anggrek 65.33%
8 Linda Jasmine & Ratu 64.67%
9 Pak Azad Jasmin & Amarra 63.33%
10 Nana Mahazan & Althea 60.67%


Persaingan Sengit Minggu Pertama

Walaupun berada di kedudukan tercorot, pasangan Nana Mahazan & Althea masih berpeluang memperbaiki persembahan kerana tiada penyingkiran dilakukan.

Begitu juga pasangan Pak Azad Jasmin & Amarra serta Linda Jasmine & Ratu yang berada di kelompok bawah tetapi masih mempunyai peluang untuk bangkit pada minggu seterusnya.

Secara keseluruhannya aku boleh cakap persembahan minggu ni memang masih awal nak judge semua. sebab tu tak ada penyingkiran. Diorang baru nak test pentas minggu ni dan pasti minggu depan akan ada kejutan luar biasa dari mereka.

Selain Hussain, aku suka tengok persembahan Cik B dengan lagu Begging tu.. Real habis suara dia kan. Lepas tu azeva pula bawa DNA bapa dia Ameng dengan menyanyikan lagu bapanya dengan sempurna. Dia pun dapat pujian dari penonton dan juri tau..

Banyak yang perlu diperbaiki menjelang konsert minggu kedua nanti. tapi untuk minggu ni kita bagi rating 4/5 untuk keseluruhan peserta Talk To My Manager 2. Tahniah guys !! minggu depatn buat lagi terbaik tau !! 



Aznil Nawawi Kembali Menghangatkan Pentas

Program Talk To My Manager 2 dikendalikan oleh pengacara legenda Aznil Nawawi.

Turut bertindak sebagai juri tetap:

  • Sarimah Ibrahim
  • AC Mizal

Markah diberikan berdasarkan:

  • 60% Pengurus
  • 40% Artis

Konsep ini menjadikan pertandingan lebih mencabar kerana kedua-dua pihak memainkan peranan penting.


Saksikan Talk To My Manager 2 Setiap Ahad

Jangan lupa saksikan Talk To My Manager 2:

📺 Setiap Ahad
⏰ Jam 9 malam
📍 Astro Ria (Saluran 104)
📍 Auditorium MBSA Shah Alam

Selain itu, penonton juga boleh strim menerusi:

  • Astro GO
  • Sooka

Kesimpulan

Konsert pertama Talk To My Manager 2 menyaksikan saingan yang sengit dengan Jamilulhayat & Hussain mendahului carta. Walaupun ada peserta di tangga bawah, tiada penyingkiran dilakukan bagi memberi peluang semua peserta menonjolkan potensi sebenar mereka.

Minggu kedua dijangka lebih sengit apabila setiap pasangan mula memperbaiki kelemahan masing-masing.


Post a Comment for "Markah Talk To My Manager 2 Minggu 1: Jamilulhayat & Hussain Teraju, Tiada Penyingkiran Minggu Pertama"