Gandingan Vida & Cik B Paling Ditunggu! Ini Senarai Peserta Talk To My Manager Musim 2 (Live 19 April)
Akhirnya rancangan yang trending tahun lepas kini kembali!! Program hiburan keluarga popular Talk To My Manager (TTMM) kembali dengan Musim 2 yang dijangka lebih meriah, penuh cabaran dan sarat dengan kejutan. Selepas kejayaan musim pertama, TTMM2 tampil dengan lebih ramai selebriti terkenal yang bakal menghiburkan penonton setiap minggu.
Musim kedua ini akan mula bersiaran 19 April 2026, jam 9 malam secara langsung di Astro Ria dan turut boleh distrim menerusi Astro GO serta sooka. Kalau korang tengok senarai peserta kali ni kan. aku rasa akan lebih havoc dengan Pak Azad dan anak dia lah kan si Ammara tu. tapi harap tak tersingkir awal lah kan.. hehe
Senarai Penuh Peserta Talk To My Manager Musim 2
Berikut merupakan senarai peserta Talk To My Manager Musim 2 yang bakal bersaing: secara jujurnya, bagi aku lah peserta-peserta kali ni memang lain macam dan kita tak tahu lagi keupayaan mereka. Nak kata selalu dalam sosial media pun tak sangat kan jadi benda ni membuatkan aku ternanti-nanti peserta mana yang akan memikat hati kita semua.
Barisan Manager & Artis TTMM Musim 2
| Manager | Artis | Hubungan |
|---|---|---|
| Adira | Anggerek | Ibu dan Anak |
| Ani Mayuni | Viviana | Ibu dan Anak |
| Datuk A.Aida | Azeva | Ibu dan Anak |
| Dato’ Fazley | Fariedz Fazley | Bapa dan Anak |
| Dato’ Sri Vida | Cik B | Ibu dan Anak |
| Jamilulhayat | Hussain | Bapa dan Anak |
| Linda Jasmine | Ratu | Ibu dan Anak |
| Nana Mahazan | Althea | Ibu dan Anak |
| Pak Azad | Amarra | Bapa dan Anak |
| Safura | Kim Khairii | Ibu dan Anak |
Kehadiran barisan selebriti ini dijangka memberikan persaingan sengit sepanjang musim kedua.
Barisan Pengacara & Juri TTMM2
Musim kedua turut menyaksikan kembalinya barisan hebat:
Pengacara
- Datuk Aznil Hj Nawawi
Juri Tetap
- Che Puan Sarimah
- Dato’ AC Mizal
Gabungan pengacara berpengalaman dan juri profesional ini dijangka memberi kritikan membina, komen pedas serta hiburan berkualiti kepada penonton. Macam kita tengok musim lepas, kedua dua juri sangat profesional, mereka berjaya membimbing peserta dengan baik dan yang paling penting komen diorang bagi tu tak menjatuhkan para peserta.
Apa Menarik Talk To My Manager Musim 2?
Antara tarikan utama TTMM2:
✔ Lebih ramai selebriti terkenal
✔ Cabaran lebih mencabar dan kreatif
✔ Drama dan gelagat spontan peserta
✔ Persembahan menarik setiap minggu
✔ Siaran langsung setiap minggu
Tak sabar weh !! serius musim kedua ni bagi aku akan menjadi musim penentu kelangsungan program ni sebab musim pertama boleh dikatakan agak viral dan pasti memberi tekanan untuk musim kedua untuk memintas musim pertama. tapi aku rasa ramai yang ternanti-nanti rancangan ni kan.
Program ini juga menampilkan hubungan unik antara selebriti dan manager yang bakal mencetuskan pelbagai momen lucu dan menyentuh hati.
Bila Talk To My Manager Musim 2 Ditayangkan?
📅 Tarikh: 19 April 2026
⏰ Masa: 9 malam
📺 Saluran: Astro Ria
📱 Strim: Astro GO & sooka
Penonton juga boleh menonton semula episod serta kandungan eksklusif secara On Demand.
TTMM2 Dijangka Lebih Hangat Dari Musim Pertama
Selepas musim pertama berjaya menarik perhatian ramai, Talk To My Manager Musim 2 dijangka tampil dengan persaingan lebih sengit dan momen lebih dramatik.
Dengan gabungan selebriti popular, cabaran kreatif dan barisan juri berpengalaman, TTMM2 berpotensi menjadi antara program hiburan paling trending 2026.
Jangan lupa saksikan Talk To My Manager Musim 2 bermula 19 April 2026 dan lihat siapa bakal muncul sebagai manager terbaik musim ini.
FAQ Talk To My Manager Musim 2
Bila Talk To My Manager Musim 2 mula ditayangkan?
Talk To My Manager Musim 2 akan mula bersiaran pada 19 April 2026 jam 9 malam.
Di mana boleh tonton TTMM2?
Program ini boleh ditonton di Astro Ria serta distrim di Astro GO dan sooka.
Siapa pengacara TTMM Musim 2?
Datuk Aznil Hj Nawawi kembali sebagai pengacara musim kedua.
Siapa juri TTMM2?
Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal menjadi juri tetap musim kedua.


Post a Comment for "Gandingan Vida & Cik B Paling Ditunggu! Ini Senarai Peserta Talk To My Manager Musim 2 (Live 19 April)"