Biodata Amarra Sofea Rose, Anak Eira Syazira & Azad Jasmin Peserta Talk To My Manager 2
Nama Amarra Sofea Rose semakin menjadi perhatian peminat hiburan tempatan apabila beliau tampil sebagai figura muda yang berbakat dan berkarisma. Amarra merupakan anak sulung kepada pasangan selebriti terkenal Malaysia, Eira Syazira dan Azad Jasmin.
Walaupun masih muda, Amarra sering mencuri perhatian menerusi personaliti ceria, kepetahan berbahasa Inggeris serta bakat seni yang semakin terserlah. Jujur aku cakap, Amara ni antara peserta tumpuan sebab apa dia dah banyak kali sertai pertandingan luar negara jadi kali ni dia beraksi di pentas tempatan. agak-agaknya mampu kah dia bersaing nanti dalam talk to my manager 2026 nanti.
Biodata Amarra Sofea Rose
| 🌟 Profil Biodata Amarra Sofea Rose 🌟 | |
|---|---|
| Nama Penuh | Amarra Sofea Rose |
| Tahun Lahir | Sekitar 2013 |
| Umur (2026) | Sekitar 13 Tahun |
| Ibu | Eira Syazira |
| Bapa | Azad Jasmin (Pak Azad) |
| Status Keluarga | Anak Sulung |
| Adik-Beradik | Ameisya Leann Rose & Areisya Shahia Rose |
| Bidang | Personaliti Media Sosial / Bakat Muda |
Sering Jadi Perhatian Di Media Sosial
Amarra Sofea Rose sering muncul dalam kandungan keluarga yang dikongsikan oleh ibu bapanya di media sosial. Personaliti ceria dan keyakinan dirinya membuatkan ramai peminat memuji kecantikannya serta kebolehannya bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
Selain itu, Amarra juga dilihat mempunyai bakat seni apabila beberapa video nyanyiannya di platform seperti TikTok mendapat perhatian pengikut.
Ini secara tidak langsung menjadikan Amarra sebagai antara anak selebriti yang berpotensi dalam dunia hiburan tempatan.
Dah alang-alang tu, aku nak kongsikan yang selain Ammara, peserta bernama Hussain Talk To my manager 2 pun bukan kaleng-kaleng tau. Dia juga antara peserta tumpuan tau dalam musim ni. Korang boleh baca biodata dia tau.
Pernah Terpalit Isu Fitnah
Pada sekitar September 2025, Amarra Sofea Rose pernah menjadi perhatian apabila timbul dakwaan di media sosial yang mengaitkannya dengan isu buli di sekolah.
Bagaimanapun, ibunya, Eira Syazira tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai fitnah yang tidak berasas.
Penjelasan tersebut mendapat sokongan ramai peminat yang mempertahankan Amarra serta keluarga mereka.
Bakat & Personaliti Menyerlah
Walaupun masih muda, Amarra Sofea Rose menunjukkan potensi besar dalam dunia seni dan hiburan. Selain aktif di media sosial, beliau juga sering dilihat tampil yakin di hadapan kamera.
Personaliti ceria, petah bercakap dan bakat semula jadi menjadikan Amarra antara anak selebriti yang berpotensi besar untuk masa depan.
Sertai Talk To My Manager 2
Lebih menarik, Amarra turut mencuri perhatian apabila tampil bersama bapanya, Azad Jasmin dalam program realiti Talk To My Manager 2.
Penyertaan ini membuka peluang kepada penonton untuk melihat dengan lebih dekat personaliti sebenar Amarra serta hubungan rapat dalam keluarga mereka. Persaingan dalam pertandingan ini bukan dengan diri dia sahaja tetapi juga dengan semua peserta.
Antara lawan peserta lain yang jadi tumpuan adalah Anak Linda Jasmine dan Que Haidar, Tengku Ratu yang dilihat mampu memberi saingan sengit dalam musim ini.
Kesimpulan
Biodata Amarra Sofea Rose membuktikan bahawa beliau bukan sekadar anak selebriti terkenal, tetapi juga seorang figura muda yang mempunyai bakat dan potensi besar.
Dengan sokongan daripada ibu bapanya, Eira Syazira dan Azad Jasmin, perjalanan Amarra dalam dunia hiburan dijangka semakin menarik untuk diikuti pada masa akan datang.


Post a Comment for "Biodata Amarra Sofea Rose, Anak Eira Syazira & Azad Jasmin Peserta Talk To My Manager 2"