Orang Ketiga Bukan Punca Raf Yaakob dan Mawar Rashid Bercerai

Setelah lama berdiam diri mengenai masalah rumah tangganya, akhirnya terjawab sudah punca raf yaakob dan mawar rashid bercerai.


Raf menjelaskan kepada media mengenai punca penceraiannya yang sudah masuk 3 bulan kerana mahkamah sahkan perceraian mereka pada November tahun 2023.


Hasil perkahwinan Raf dan MAWAR mereka dikurniakan cahaya mata bernama Raden Muhammad, 5; Raden Seri Rosabella Cinta, 3; dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1.


Orang Ketiga Bukan Punca Raf Yaakob dan Mawar Rashid Bercerai



Raf berkata kepada melodi; "Alhamdulillah, hubungan saya dengan bekas isteri baik-baik saja. Selepas bercerai, tiada siapa yang keluarkan sebarangan kenyataan.


"Saya ingin terangkan di sini bahawa perceraian kami bukanlah disebabkan orang ketiga. Saya tiada orang ketiga dan begitu juga dengan Mawar.



"Allah sudah kata jodoh kami setakat ini saja, jadi saya reda dan terima ujian dengan hati terbuka," kata raf mengenai punca raf yaakob dan mawar rashid bercerai.


"Selepas bercerai, tiada sebarang pergaduhan membabitkan anak-anak. Kami sangat fleksibel soal anak-anak.


"Itu tanggungjawab kami membesarkan anak-anak dalam keadaan bahagia. Alhamdulillah, setakat ini, kami sangat positif dengan anak-anak dan insya-Allah, mereka tidak akan terkesan dengan apa yang berlaku antara saya dan Mawar," katanya.


"Soal jodoh semuanya ketentuan Allah. Apa yang saya boleh cakap ialah saya akan sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh baik-baik.


"Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan dia (Mawar), maka dialah orangnya. Namun jika Allah kata bukan, maka bukanlah dengan dia.


"Apa yang penting sekarang, saya mahu fokus untuk mencari nafkah buat anak-anak dan perbaiki diri saya sendiri," katanya.


 Akhirnya, punca yang jelas dinyatakan oleh raf membolehkan peminat mengetahui punca raf yaakob dan mawar rashid bercerai dan yang paling penting tiada lagi spekulasi-spekulasi liar mengenai hubungan mereka.


Semoga hubungan mereka terus akrab demi anak-anak tercinta.


Post a Comment

Previous Post Next Post