Seperti yang ramai tahu, maskot roti john tersingkir pada minggu separuh akhir the masked singer malaysia. Ideentiti di sebalik maskot juga sudah didedahkan iaitu Hun Haqeem.
Bila ditanya mengenai perasaan tersingkir di minggu separuh akhir dan tidak layak ke final. Hun berkata;
“Hun sedikit sebanyak sedih lah juga. Masuk The Masked Singer ni untuk berseronok, untuk hiburkan orang.Tapi bila kita dah sampai separuh akhir ni dah jadi jatuh cinta.
"Setiap minggu kita jumpa orang yang sama, lepas tu kadang-kadang kita nampak penonton-penonton yang setiap minggu datang. Jadi bagi Hun benda-benda tu yang paling manis dan sedih ditinggalkan,” katanya.
Hun dapat tempat akhir dan ini >> markah penuh hun haqeem minggu separuh akhir.
Ditanya juga mengenai kalau orang nak Hun menyanyi lebih kepada pelakon.
Pelakon kacak itu berkata ' yang tu hun memang tak leh nak jawab. masa masuk ni pun untuk have fun. kalau ada rezeki mungkin boleh masuk bidang nyanyian.
kita juga tahu yang semua peserta akan dilayan sebagai vvip dalam program ini dan Hun juga kata yang dia rasa dilayan vvip tu macam nak buat hal (perangai) atau buat jahat.
Ditanya juga siapa yang tahu mengenai dirinya menjadi roti john. Hun berkata tiada siapa yang tahu pun dan dia menggunakan alasan keluar lepak setiap hari Ahad.
' walaupun mak saya dah pelik sejak bila pandai lepak.' kata Hun lagi.
“Sebenarnya kostum Roti John ni sangat-sangat selesa. Sebab itu Roti John agak rancak dekat atas pentas.
"Untuk saya wardrobe memang terbaik, lepas tu setiap minggu mereka akan tambah aksesori-aksesori sahaja, jadi secara keseluruhannya jadi Roti John sangat-sangat selesa," kongsinya.
Post a Comment