Sinopsis Filem Cikgu vs Hantu

Kali pertama tengok poster filem cikgu vs hantu ni aku dah rasa tak sabar nak tengok sebabnya ada pelakon hebat dalam filem ini. Antaranya adalah Afdlin Shauki, Khir Rahman dan Juliana Evans tau.


Bila ramai pelakon komedi, sudah pasti filem ini juga bersifat komedi. Ramai penonton yang buat review filem ni dan diorang kata tak kering gusi menonton gelagat khir dan Afdlin dalam cerita ini.


Korang dah tonton ke belum cerita ni?

Sinopsis Filem Cikgu vs Hantu


Sinopsis Filem Cikgu vs Hantu


Filem ini mengisahkan tentang permusuhan di antara Cikgu Daud (Afdlin Shauki) dan Cikgu Samad (Khir Rahman). Mereka bermusuhan untuk merebut untuk menjadi cikgu terbaik. Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima dan Ismail.


Info


Cikgu vs Hantu ini mula ditayangkan pada 8 september 2022 di saluran Astro First tau. Ia merupakan karya arahan Liyana Jasmay dan bergenre komedi seram.

Antara pelakon utama dalam filem ini adalah Dato Afdlin Shauki, Khir Rahman, Che Puan Juliana Evans, Shuk Sahar, Zahiril Adzim, Syafiq Kyle dan Fadhli Masoot.


Update


Filem ini akan diulang siarkan pada 22 Oktober 2023 ini disaluran Astro Citra. Bagi yang belum tonton Cikgu vs Hantu ini pastikan anda tidak telepas peluang keemasan ini untuk menonton secaara percuma tau.

Tahun 2024 pun, Astro citra masih ulang tayang filem ini dan tarikh barunya adalah pada 17 FEB 2024 ini pada hari Sabtu tau.

Kalau dah tengok pun, boleh lah tengok sekali lagi sebab jalan cerita dia best dan menarik. yang paling penting ada banyak pengajaran yang boleh diambil.


FAQ Cikgu vs Hantu



Penutup


Akhir sekali. filem ini memang menarik untuk ditonton seisi keluarga kerana ia dapat mengembalikan nostalgia kita di sekolah dahulu malah anak-anak kita juga dapat kaitkan situasi cikgu vs hantu di sekolah mereka.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post