Lagu AJL 38 : Live dan Keputusan

Keputusan sudah dibuat, 12 lagu ajl 38 bakal berentap bagi mencari juara lagu untuk edisi yang ke 38 bagi tahun ini.

Semua peminat sudah tak sabar nak saksikan lagu mana yang layak ke menjadi juara dan akan terus menyokong lagu-lagu ini untuk terus menghargai karya penyanyi tersebut.

Musim lepas, juara ajl 37 adalah menjadi milik penyanyi Aina Abdul yang membawa lagu TERUS HIDUP. Adakah aina boleh jdi juara ajl38 pula nanti?



Lagu AJL 38



Senarai Penuh lagu Anugerah Juara lagu (ajl38)


Mana peminat-peminat ni, berikut aku kongsikan finalis akhir lagu ajl 38 untuk anda semua. Tahniah untuk semua finalis yang sememangnya layak ke pentas akhir ini.


Lagu AJL 2024 terrsebut adalah Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Sutera (Aisha Retno), Santai (Naqiu [Faizal Tahir]). Inilah Jalannya (Masdo). Astana (Ernie Zakri) dan Darah (Marsha Milan).


Selain itu, kita juga ada lalgu Kalam (Shiha Zikir), Hasrat (Amir Jahari), Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Bintang (Hael Husaini), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan juga Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali)


Baca juga : Datuk Jamal Abdillah TARIK DIRI DARI AJL38


Lagu AJL 38


Recap

Sedikit recap mengenai lagu terbaik semi final muzik-muzik dan lagu pilihan penaja semi final muzik-muzik untuk yang terlepas hari tu ya.

Lagu Terbaik : JANGAN MATI RASA ITU @ainaabdul

Lagu Terbaik  : SUTERA @aisharetno02

Lagu Terbaik : SANTAI @thisisnaqiu

Lagu Pilihan  : JANGAN MATI RASA ITU @ainaabdul

Lagu Pilihan  : ASTANA @erniezakri

Lagu Pilihan : SANTAI @thisisnaqiu


Tarikh Anugerah Juara Lagu (AJL 2024)

Selepas menyaksikan senrai lagu ajl 38, dah taak sabar pula nak tunggu konsert akhir nantikan. masa tu juara akan ditentukan. tapi dah ada tarikh ajl38 ker? 

DAH ADA guys!

Anugerah juara lagu ke 38 bakal berlangsung pada 3 mac 2024 ini jam 9 malam. jangan lepaskan peluang untuk memberi sokongan dan dokongan anda kepada artis kegemaran anda.

Pemenang Anugerah Juara Lagu.

Tak sah kalau kita tak ambil kisah mengenai barisan-barisan lagu yang sudah mencipta fenomena di dalam ajl sebelum-sebelum ini. 

Jadi untuk ambil aura mereka, kami kongsikan senarai pemenang ajl sejak tahun 1986 sehingga 2023 tau.


Boleh lawan lagu ajl 38 ke tidak? hehehe


TAHUN AJL LAGU PENYANYI

1986 1 Sekadar Di Pinggiran FRANCISSCA PETER

1987 2 Menaruh Harapan ZAITON SAMEON

1988 3 Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu RAMLAH RAM

1989 4 Isabella SEARCH

1990 5 Janji Manismu AISHAH

1991 6 Takdir Dan Waktu MEGA

1992 7 Pada Syurga Di Wajahmu DATO’ NASH

1993 8 Teratai Layu Di Tasik Madu FAUZIAH LATIFF

1994 9 Tanya Sama Itu Hud Hud DATUK M. NASIR

1995 10 Cinta Beralih Arah AISHAH

1996 11 Jerat Percintaan DATO’ SRI SITI NURHALIZA

1997 12 Ghazal Untuk Rabiah DATUK M. NASIR & DATO’ JAMAL ABDILLAH

1998 13 Cindai DATO’ SRI SITI NURHALIZA

1999 14 Andalusia DATUK M. NASIR

2000 15 Balqis DATO’ SRI SITI NURHALIZA

2001 16 Mimpi Laila YASIN

2002 17 Keliru NURUL & AJAI

2003 18 Bunga-Bunga Cinta MISHA OMAR

2004 19 Relaku Pujuk SPIDER

2005 20 Gemilang JACLYN VICTOR

2006 21 Terlalu Istimewa ADIBAH NOOR

2007 22 Itu Kamu ESTRANGED

2008 23 Lagu Untukmu MEET UNCLE HUSSAIN

2009 24 Pergi AIZAT AMDAN

2010 25 Tolong Ingatkan Aku ANA RAFFALI

2011 26 Awan Nano HAFIZ SUIP

2012 27 Terukir Di Bintang AIZAT AMDAN | PENYANYI ASAL: YUNA


Lagu AJL 38

2013 28 Bahagiamu Deritaku HAFIZ SUIP

2014 29 Apa Khabar JOE FLIZZOW FT. SONAONE

2015 30 Potret AKIM & THE MAJISTRET

2016 31 Lelaki Teragung DAYANG NURFAIZAH

2017 32 Jampi HAEL HUSAINI

2018 33 Haram DAYANG NURFAIZAH & HAEL HUSAINI

2019 34 Sumpah NAIM DANIEL

2020 35 Gila KAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B

2021 36 Pelukan Angkasa SOG & SHILA AMZAH

2022 37 Terus Hidup AINA ABDUL


LIVE Streaming Siaran Langsung AJL 38


Bagi menyaksikan majlis anugerah ini, anda boleh tonton live streaming AJL38 menerusi link yang kami kongsikan di bawah

Tonton di sini > AJL 38

join group fb -- > AJL 38 LIVE < -- untuk live ya.


PROMO

Berikut merupakan video promosi anugerah juara lagu ajl 38. Menampilkan beberapa penyanyi terkenal tanah air yang membuat persembahan lagu-lagu ajl 2024.




KEPUTUSAN AJL 38

Selesai persembahan lagu ajl38, Berikut merupakan keputusan akhir anugerah juara lagu 38.

TEMPAT PERTAMA

TEMPAT KEDUA

TEMPAT KETIGA


VOKAL TERBAIK

*akan dikemaskini kemudian


Penutup


Kita harap lagu yang betul-betul layak menjadi juara anugerah juara lagu bakal dipilih dengan telus dan baik oleh para juri yang sudah semestinya berpengalaman.


Semoga lagu ajl 38 mampu mencipta fenomena di pentas akhir nanti dan memberi kenangan indah kepada para peminat-peminat.


AJL satu-satunya anugerah muzik yang masih relevan dalam industri kita bagi mengangkat lagu-lagu terbaik untuk setiap tahun di samping menghargai jasa penggiat seni tanah air.



Previous Post Next Post