Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie

Baru-baru ini tular mengenai keretakan hubungan sharnaaz ahmad dan amelia christie selepas mereka di dakwa saling unfollow akaun instagram masing-masing.


Tampil menjelaskan keadaan, pelakon sharnaaz ahmd tidak mahu komen panjang mengenai hubungannya dengan amelia.


Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie



Sharnaaz berkata; 


"Iya ke? Saya pun tak perasan mengenai perkara itu (saling tidak ikuti di media sosial). Saya tak mahu komen apa-apa.


"Fokus saya sekarang adalah untuk diri sendiri dan anak saya. Amelia pun masih rapat dengan Jebat.


"Kadangkala sebab inilah saya tak mahu berkongsi mengenai hubungan cinta sebab risau ada apa-apa berlaku di tengah jalan dan enggan serabut begini," katanya kepada media.


"Amelia wanita yang baik. Namun nak kata kami ada hubungan, saya tak pernah mengiyakan sejak awal. Tidak bolehlah nak kata sudah putus, pening juga.


"Tapi saya faham mungkin orang ramai mula membuat spekulasi apabila kami bercuti bersama di Jepun. Malah ramai juga yang mendoakan hubungan kami," katanya.


"Biarlah dulu (jodoh). Sebelum ini saya sudah berkahwin sekali dan ada ke jodoh kedua selepas ini?


"Kalau ada rezeki saya terima, jika tiada pun, okey sahaja. Saya pun sudah ada anak dan fokus sekarang hanya mencari duit buat keluarga.


"Tambah pula, Jebat akan mulakan sesi persekolahan," katanya.

--

Kita juga tak tahu apa yang sebenarnya berlaku di antara Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie ini. Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka. 


Andai ada jodoh maka adalah jodoh mereka. Kalau tidak ada jodoh jangan dipaksa-paksa takut nanti bergaduh di kemudian hari. Apa-apa pun semoga di permudahkan urusan bro sharnaaz kita.


Previous Post Next Post