Datuk Jamal Abdillah Tarik Diri AJL 38

Baru-baru ini AJL 38 mendapat tamparan hebat apabilan Datuk Jamal Abdillah Tarik Diri AJL 38. Ia sedikit sebanyak mengurangkan populariti majlis anugerah tersebut.


AJL 38 bakal berlangsung pada 3 Mac 2024 ini yang menyaksikan barisan penyanyi yang berentap mendapatkan title anugeah juara lagu sebagai lagu terbaik untuk tahun lalu. Kali ini majlis anugerah akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.


Datuk Jamal Abdillah Tarik Diri AJL 38



Peminat juga mahu melihat datuk jamal beraksi di pentas berprestij tersebut namun terpaksa akur dengan kehendak penyanyi lagenda itu.


Punca Datuk Jamal Abdillah Tarik Diri AJL 38


Datuk Jamal mendedahkan punca dia tarik diri adalah kerana; 


"Betul, saya tarik diri AJL38 sebab ada acara yang telah diatur sebelumnya. Acara itu telah dipersetujui lebih awal dan saya tidak dapat menolaknya," kata Jamal.


"Selain kerana terbabit dengan program lain, ada beberapa sebab lebih besar yang saya tidak boleh kongsikan," ujarnya.


"Saya rasa ralat juga tak dapat menyertai. Antara artis muda, ada terselit saya pula. Tapi tidak mengapa, bukan rezeki saya," katanya.


Susulan dari penarikan diri datuk jamal, pihak FMC telah memilih afieq shazwan untuk menggantikan penyanyi lagenda itu bagii membuat persembahan di atas AJL38 nanti.


Semoga aura datuk jamal menyerap dalam badan afieq nanti. hehehe

Previous Post Next Post