Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti

Drama terbaru, Aku Yang Kau Sakiti mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang diuji dengan kematian bapanya yang dibunuh oleh sindiket. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Redza Rosli, Rita Nadira, Zamarul Hisham, Fify Azmi dan Jasmin Hamid. 



Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti



Sinopsis Aku Yang Kau Sakiti


Mengisahkan tentang Amanda merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang. 


Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya dengan ibu saudaranya, Mak Su  dan sepupunya, Sara  yang bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda. 


Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella. Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri.


Rykal  setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti. 


Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.


Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella.  


Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang. 


Namun, Rykal  yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?


Info dan Pelakon


Oh ya, kalau korang nak tonton online ceritani, korang boleh tonton semula di saluran iQIYI tapi tayangan dia akan bermula sejam lepas tayangan di TV3 ya. 


Drama 20 episod ini mula ditayangkan pada 1 Ogos 2023 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam tau.


Skripnya ditulis oleh Farhana Fauzi dan diarahkan oleh Riza Baharudin. Antara pelakon dan watak mereka dalam cerita ini adalah


  • Rita Nadira sebagai Amanda

  • Redza Rosli sebagai Rykal

  • Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki

  • Fify Azmi sebagai Bella

  • Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin

  • Jasmin Hamid sebagai Mak Su

  • Iman Suhana sebagai Sara

  • Syazwan Zulkifly sebagai Faris

  • Zazly Baginda sebagai Encik Rasyid

  • Syazuwan Hassan sebagai Shahrul

  • Natasya Mahyan sebagai Cika

  • Anies Hann sebagai Mia

  • Ain Yasmin sebagai Suzana


Ramai yang suka menonton drama aku yang kau sakiti ni sebabnya pelakon dia memang padu dan berkualiti. Jadi jalan cerita dia pun akan jadi lebih menarik.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post