Sinopsis Filem Rahsia

Filem seram, RAHSIA merupakan sebuah filem reboot dari filem asal yang kali pertama ditayangkan pada tahun 1987 yang lalu. Aku kongsikan lah sikit antara pelakon dalam filem yang lama tu adalah seperti . Bagi versi 2023, pelakon filem rahsia terdiri daripada pelakon hebat seperti Nabila Huda dan Fikry Ibrahim.


Sinopsis Filem Rahsia




Pencapaian filem 1987 dulu adalah mereka merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) dan juga 6 kategori lain yang dipertandingkan ketika itu.


Sinopsis Rahsia


filem ini mengisahkan tentang Ramlah. Dia merupakan seorang suri rumah tangga. Satu hari dia pulang ke rumah ayahnya yang bernama Tan Sri Karim untuk sambutan hari lahir ayahnya itu.


Dia balik dengan suami dan anaknya. Suaminya bernama Hamda manakala anak mereka pula berna Marina dan Saiful.


Musibah mula menghantui mereka apabila saiful hilang ketika mereka berkelah di pantai.


Lebih menyeramkan apabila hanya Ramlah sahaja yang nampak saiful di larikan oleh lembaga wanita berwarna hitam.


Polis pula sangat yakin yang saiful masih di sekitar kawasan pantai tetapi ramlah masih bertegas yang dia nampak anaknya itu dilarikan orang.


Kemudian Hamdan ikut pihak polis untuk mencari anaknya dan pada masa yang sama ramlah diganggu oleh kelibat wanita berkenaan.


Lebih menyedihkan apabilah suaminya tidak percayakan ramlah dan mengatakan ia hanya khayalan dan halusinasi sebab stress kehilangan anaknya.


Dapatkah Ramlah merungkai siapa di sebalik kelibat wanita tu? jangan lupa tonton filem rahsia ini dipawagam pada 10 ogos nanti ya.


Fakta Menarik Rahsia 1987


Rahsia 1987 bakal kembali ke pawagam dengan versi remake. Namun, mungkin generasi sekarang tak tahu, apa yang buatkan filem Rahsia ni cult classic sehingga kini.


Sinopsis Filem Rahsia


1. Yusof Haslam jadi watak antagonis yang misteri. Watak Karim lakonan Yusof Haslam ni memang padu sebab filem ni punya kekuatan bergantung kepada rahsia Karim ni.


2. Filem ni takde elemen rasuk. Tapi, filem ni seram sebab momen gangguan mistik filem ni memang menyeramkan.


3. Rahsia di balik dinding. Ini ialah momen paling ikonik dalam filem ni sebab rahsia besar filem ni tersembunyi di situ.


4. Lagu Saya Anak Malaysia. Walaupun lagu ni takdelah berkait dengan story, kehadiran lagu ni ialah petanda bahagia yang diraikan sebelum segala malapetaka dalam filem ni.


5. Visual yang usang. Filem ni sukar nak dijumpai versi yang HD. Malah, versi yang beredar di mana mana penstriman pun ada low resolution. Dengan kualiti yang rendah, filem ni boleh meremangkan bulu roma.


6. Noorkumalasari is the queen of horror cinema! Dia ni level Suzanna di eranya. 


sumber : Suka Filem


Info dan Pelakon


Filem ini merupakan arahan Shamyl Othman dan diedarkan oleh Astro Shaw. Tarikh mula ditayangkan di saluran adalah pada 10 Ogos 2023 di pawagam berdekatan anda.


  • Nabila Huda sebagai Ramlah

  • Fikry Ibrahim sebagai Hamdan

  • Eman Manan sebagai Tan Sri Karim

  • Qistina Raisah sebagai Marina
  • Syed Ali Murtadha sebagai Saiful

  • Marsha Milan Londoh sebagai Melor

  • Rashidi Ishak sebagai Young Tan Sri Karim

  • Nu’man Salleh sebagai Pak Salleh

  • Iris Alessandra Alyssa sebagai Young Ramlah

  • Mislina Mustaffa sebagai Che Yah

  • Nabil Zakaria sebagai Bob

  • Aloy Paradoks sebagai Inspektor Hanif

  • Suhaid Mustakim Yahya sebagai Sarjan Azam

  • Othman Hafsham sebagai Ustaz Firdaus

  • Susan Lankester


Filem ini menjdi sebutan baru-baru ini apabila 4 lembaga misteri muncul dalam satu perlawanan bola sepak di stadium MBPJ sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penonton.


Tapi ia sebenarnya merupakan gimik untuk filem ni lah. Ingatkan hantu betul. hehe jadi jangan lupa, pada 10 ogos ini tonton filem seram yang best ini di saluran pawagam anda.


selamat menonton.


Previous Post Next Post