Telefilem Pa'e kembali ditayangkan semula

Telefilem menarik, Pa'e menceritakan tentang seorang pemuda yang lahir dari keluarga yang susah dan disenangi oleh guru-guru di sekolah tetapi ada juga yang tidak menyukainya. Pa'e ini kali pertama ditayangkan pada tahun 1997 yang lalu.


Telefilem Pa'e kembali ditayangkan semula


Tetapi ia ditayangkan semula di TV3 selepas kemenangan Bell Ngasri Bintang Paling Popular Berita Harian yang mana dia juga pelakon dalam cerita tersebut. Tayangan pada 29 Julai 2023 yang lalu turut mendapat perhatian penonton.


Sinopsis Pa'e


Telefilem Pa'e mengisahkan seorang pelajar miskin bernama Pa'e yang tinggal bersama ayahnya yang sudah tua tetapi berusaha gigih dalam pelajaran.


Pa'e sangat disayangi oleh guru kelasnya kerana keluhuran budi dan kegigihannya semasa belajar.


Namun malangnya, keakraban mereka telah menimbulkan rasa iri hati oleh pelajar lain sehingga menimbulkan pelbagai fitnah. 


Antara pelajar yang sering dengki serta selalu menimbulkan fitnah kepada Pa'e ialah Ajoi. Pelbagai perkara buruk yang dibuat sehingga melibatkan guru kelasnya juga Cikgu Shahrin.


Tetapi pada satu hari, disebabkan sifat iri hati tersebut telah bertukar kepada trajedi. Apakah kesudahannya?


Info dan Pelakon

Pengarah telefilem ini adalah Saian Salimon dengan nukilan skrip daripada Saharuddin Sulaiman

Antara watak dan pelakon dalam telefilem ini adalah seperti;

  • Shaheizy Sam sebagai Pa'e

  • Bell Ngasri sebagai Ajoi

  • Harun Hashim sebagai Cikgu Shahrin

  • Alahyarham Latiff Borgiba sebagai Pak Hassan

  • Nasir Bilal Khan sebagai Pak Kadir

  • Rose Iskandar sebagai Mak Siti

  • Wafa Abd. Kadir sebagai Fatimah


Review


Ramai yang terkejut apabila menonton semula telefilem yang banyak memberi pengajaran kepada mereka ini. Memang betul, banyak pengajaran yang kita dapat ambil daripada cerita ini adalah menunjukkan keperluan berbuat baik dengan musuh dan juga ahli keluarga.

Bagi korang yang belum tngok tu, boleh tonton semula pada 29 Julai 2023 ya. Selamat menonton.


Previous Post Next Post