MUSIM ORANG KAWIN ! | Apabila memasuki bulan 11 dan 12, mesti ramai di antara kita yang menerima jemputan untuk ke majlis perkahwinan kenalan mahupun adik beradik terdekat kita . Satu amalan yang baik apabila majlis perkahwinan di jemput sahabat-sahabat handai dan rakan-rakan serta saudara mara untuk menghadiri majlis tersebut. Ia bukan sahaja mampu memeriahkan majlis tetapi mampu juga untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kita dan ahli keluarga yang lain.
Musim orang kahwin ini juga, kita dapat lihat pelbagai style dan fashion pakaian daripada tetamu yang datang ke majlis tersebut. Tidak di nafikan ia hak masing-masing untuk berpakaian apa sahaja yang mereka mahukan akan tetapi letaklah agama di atas sekali sebelum kita memilih pakaian. Janganlah kita terlalu suka berfashion yang menjolok mata, berpakaian ketat dan tidak menutup aurat sewaktu di majlis perkahwinan mahupun pada waktu-waktu lain.
Artikel berkaitan : Macam mana nak tahu Crush kita adalah Jodoh kita ?
Musim orang kahwin ini juga kita akan lihat ramai tetamu yang datang ke majlis perkahwinan sekadar nak tengok kecantikkan raja sehari dan juga susunan pelamin pada majlis tersebut. Ramai yang akan balik dan kemudiannya bercerita di belakang mengenai apa yang di lihatnya pada majlis tersebut sebagai modal untuk memburuk-burukkan orang. betul ke ada orang yang macam ini ? jawapannya adalah ya , mereka wujud .
Musim orang kahwin ini juga dikatakan musim pembaziran apabila tetamu tidak menghabiskan lauk yang di ambil ketika memilih lauk. Tetamu harus sedar yang rezeki itu adalah kurniaan Allah. jangan sombong dengan rezeki. Aku yakin, tuan rumah telah menyediakan menu yang terbaik untuk semua. andai berlaku pembaziran setelah lauk di ambil, maka bagi aku dia adalah tanggungjawab orang yang mengambilnya yang tidak mengukur baju di badan sendiri.
Artikel berkaitan : Istikharah pemudah cara untuk membuat keputusan.
Musim orang kahwin juga sinonim dengan musik dan persembahan yang melalaikan ketika majlis perkahwinan. Aku pernah lihat ada sesi tarian yang di lakukan oleh beberapa tetamu wanita di tengah-tengah orang ramai ketika majlis perkawinan yang dikongsikan di facebook. adakah ini yang di ajar oleh Islam ? sudah pasti tidak, Islam adalah agama yang menjaga maruah diri penganutnya. Janganlah buat sesuatu yang lari dari panduan Islam.
Akhir sekali, aku yakin ramai yang tidak bersetuju dengan aku sebab mungkin pada pendapat kalian , majlis perkahwinan hanya sekali dalam seumur hidup, jadi terpulanglah kepada pengantin dan keluarganya nak buat apa pun. fikiran macam itu adalah fikiran yang silap. Disebabkan kalian kawin sekali itulah kalian kena buat persiapan berdasarkan panduan yang di ajarkan oleh rasulullah dan Islam. mana mungkin orang islam ikut panduan agama lain. betul tak?
Artikel berkaitan : Perempuan ini ceritakan kisahnya berkahwin dengan lelaki utara .
Dalam bahasa mudah, Keberkatan dalam perkahwinan. itu sahaja. buat ikut panduan Islam insyaallah perkahwinan kita akan di berkati dan di redhai. kalau kita dah cuba buat tetapi tak mampu nak halang , itu tak apa sebab kita dah usaha, moga Allah memberi ganjaran atas apa yang kita telah lakukan. Aku minta maaf kalau entri MUSIM ORANG KAWIN ini menyinggung perasaan. tetapi ini hanya sekadar ingatan kita bersama. Selamat pengantin baru dan Selamat kawin lagi ! ehhh .. hahaha
Sekian.

Post a Comment