ISTIKHARAH PEMUDAH CARA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN !

ISTIKHARAH I Rata-rata sudah ramai yang mengetahui kelebihan istikharah dan cara pelaksanaanya. Keptusan melakukan Solat Istikharah adalah keputusan yang terbaik bagi setiap manusia yang mencari jawapan kepada persoalan kehidupan mereka. Mungkin ada yang tak faham , kebanyakkan malah ramai yang melakukan solat istikharah apabila mereka buntu mencari jawapan terutamanya dalam soal jodoh,pekerjaan dan sebagainya .

baca juga : KELEBIHAN MEMILIH PILIHAN YANG BIJAK

SEBAB APA PERLU SOLAT ISTIKHARAH ?

Keputusan yang manusia buat selalunya akan mempunyai kekurangan dan kita juga mudah untuk terkena akibat yang buruk jika kita salah dalam membuat keputusan. Solat Istikharah merupakan cara di mana kita memohon kepada Allah agar pilihan yang kita buat adalah pilihan yang betul.dan terhindar dari sebarang perkara yang tidak baik. Keputusan yang dibuat berdasarkan solat istikharah selalunya keputusan yang terbaik buat mereka yang memohon .
ISTIKHARAH PEMUDAH CARA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN !

MACAM MANA NAK TAHU JAWAPAN SOLAT ISTIKHARAH ?

Berdasarkan pendapat dan pengalaman orang lain, jawapan solat istikharah selalunya datang melalui mimpi.Tetapi ada juga yang mendapat jawapan solat istikharah melalui rasa hati . Jadi,kita yang akan menilainya sama ada itu jawapan yang kita cari atau tidak.

TEGURAN KEPADA ORANG YANG MENUNAIKAN SOLAT ISTIKHARAH !

Ada teguran dan peringatan sebelum melakukan solat istikharah. kita yang melakukan solat istikharah adalah untuk mendapat jawapan terhadap 2 pilihan yang kita ada. tidaklah kita buat istikharah kerana salah satu pilihan itu kita memang nak. contohnya , seorang lelaki dia ada pilihan untuk berkahwin dengan mira filzah atau nana. hakikatnya dia nak kawin dengan mira filzah. jadi dia solat istikharah sambil berharap jawapan dari istikharahnya adalah untuk memilih mira filzah.

ia tidak sepatutnya berlaku seperti itu. sepatutnya kita kena neutral. dan hanya berharap kepada jawapan istikharah tersebut. dalam kata lain.jawapan istikharah yang mana pun,aku akan follow.gitu. aku harap korang faham apa yang ingin di sampaikan.

Semoga entri ini bermanfaat untuk kita semua.jika korang rasa entri ini kurang info,aku minta korang teruskan membaca blog rakan blogger yang lain. sebabnya makin banyak kita membaca makin banyak ilmu yang kita dapat.coretan aku hanyalah sedikit berbanding sahabat-sahabat aku yang lain.

sekian.


Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)