PEREMPUAN INI CERITA KISAHNYA BERKAHWIN DENGAN LELAKI UTARA !

KISAH KAWIN DENGAN LELAKI UTARA | Sebelum ni , heboh kisah mengenai kajian lelaki Malaysia suka berkahwin dengan perempuan utara . Maka banyaklah komen-komen pedas dan manis keluar dari tangan-tangan netizen mengenai isu tersebut. hari ini, aku terbaca mengenai kisah seorang perempuan yang menceritakan kisahnya berkahwin dengan lelaki utara. Katanya, lelaki utara ni garang senang marah. berikut merupakan kisah KISAH KAWIN DENGAN LELAKI UTARA .

baca [+] Lelaki Malaysia suka perempuan Utara

KISAH KAWIN DENGAN LELAKI UTARA
gambar saharul ridzwan sekadar hiasan


KISAH Cik Atenn Azlan
Lelaki utara.
Lelaki utara atau orang utara. Aku tak tahu nak describe apa tentang depa. Depa cakap menengking-nengking. Bekeng pun ya. Muka cengey. Cakap main lepas selalunya.

Masa mula-mula aku kahwin dengan lelaki utara, setiap malam aku lari menangis belakang tong gas.

"Kenapa marah saya?"
"Laa. Mana ada maghah. Kami memang cakap lagu ni dari kecik lagi"
"Tipu! Tak percaya! Bye" - lari merajuk belakang tong gas.

Kadang makan hati tau dengan volume suara depa. Eh dia marah aku ke ni? Pastu tunduk muka merajuk.
"Awat diam?"
"Entah. Saya rasa seperti dimarahi"

"Laaaa. Mana duk ada. Oghang dak maghah, habaq maghah. Takyah duk buat bebai la. Pi makan nasi nu. Makan perabih buang. Tak abih makan jangan harap boleh tengok tv"

Kadang terfikir jugak, yeke ni style depa bercakap?
Bila dia panggil aku macam ni - "Aten mai sini sat". Aku terus ketakutan seolah-olah aku ada buat kesalahan paling-paling-paling besaqqqqqq!

Aku cuba lepak dengan member-member dia yang kebanyakan budak utara. Tudiaaa buat ramai sungguh noh. Sora depa je duk bunyi satu kedai. Dejei, pelaq, anak haram takyah cakap la memang akan terkeluar tiap kali melawak. Haha. Tapi sumpah lawak. Aku selalu gelak sambil kesat airmata bercucuran.

Entah la.

Depa punya melawak aku rasa nak bangun berdiri atas kerusi sambil tepuk tangan dan cakap Ya Allah hampa ni lawak sungguh noh. Haha.
Bila dah bertahun-tahun tinggal sebumbung dengan orang utara ni, aku jadi mudah sunyi bila dia takde kat rumah. Suara-suara dialah yang selalu memenuhi segenap inci ruang rumah.

Dia pernah cakap;

"Aten, perbezaan dialek kadangkala boleh buat orang jadi gaduh. Kami jenis cakap kasaq, awak orang Kelantan saya akui cara percakapan awak berlenggok gelemai macam orang siam kat Pattani. Tapi awak kena fahamlah budaya kami. Kami tak marah. Kami sedang bercakap"

Dan sekarang, aku pun dah terer cakap utara ok!

Aku akui, orang utara ni nampak ja kasar tapi depa sangat baik hati, peramah, lawak giler dan yang paling aku perasan; yang perempuan rajin mengemas & memasak, yang lelaki rajin bekerja.

Tapi percayalah, segarang mana pun depa, aku sayang depa lagi-lagi Amer. Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa lelaki yang bermuka cengey, bersuara deqaih. Hidup aku jadi sunyi.

Ps: Adik aku pernah tanya "Abang Amer memang jenis suka tengok tv pasang volume kuat-kuat ke?" - Hmm bukan sora tv ja kuat, sora dia pun deqaihhh.
Peace ✌️

Komen aku : Sememangnya ada betul cerita yang di ceritakan oleh pemilik facebook account bernama Cik Atenn Azlan ini . Lelaki utara agak kasar dari segi pertuturan begitu juga dengan perempuan utara. satu keunikkan bagi orang utara. kalau orang negeri lain akan anggap kami ni macam kuat marah, kuat tengki dan sebagainya.
Post Cik Atenn Azlan di facebook :
Hakikatnya, kami bukannya marah pun, cuma nada nya agak kuat dan tegas. di harap orang lain memahami. orang utara yang baca post ni, ce komen sikit.heheh

sekian.

Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)