MACAM MANA NAK TAHU CRUSH KITA ADALAH JODOH KITA ?

MACAM MANA NAK TAHU CRUSH KITA ADALAH JODOH KITA ?  |  Pernah tak satu hari, kita sembang dengan kawan kita yang kita crush dengan dia tetapi masa sembang tu dia buka cerita pasal crush dia . Dan yang pasti crush dia bukan korang . haha sapa pernah rasa macam ni ? mungkin sedikit perkongsian. kita sebagai manusia kadang-kadang ada rasa suka dan adakala kita benci dengan manusia. Namun kedua-dua perasaan ini perlu di kawal berpandukan agama . MACAM MANA NAK TAHU CRUSH KITA ADALAH JODOH KITA ?




MACAM MANA NAK TAHU CRUSH KITA ADALAH JODOH KITA ?

Sapa yang tak pernah ada crush ? mesti dia orang yang hebat . macam mana cara dia boleh tidak suka dengan manusia lain yang berlainan jantina . bagi yang tak tahu crush itu apa, crush lebih dikenali sebagai orang yang kita suka dalam senyap macam secret admire lebih kurang . Zaman sekarang ramai guna istillah crush untuk gambarkan yang dia suka seseorang dalam senyap dan tidak meluahkan lagi rasa suka tersebut kepada orang yang dia suka .

Baca juga : Nikah Kita bercinta

Selalunya kita jarang akan kawin dengan crush kita kalau kita tidak mulakan dahulu proses perkenalan dan seterusnya membawa kejinjang pelamin. Aku tak mau cerita pasal couple dan sebagainya. Sebab hakikat sebuah perhubungan adalah pengakhirannya sebuah perkahwinan. buat apa kita hold dan tunggu lama sebelum kawin. ubah mind set " nak couple dulu " . kalau kita betul yakin dia jodoh kita buat apa kita heret dia ke kancah keburukkan.

lebih baik sama-sama membina bahagia ,bersama-sama membina bahtera kekeluarga. tetapi semua ini tidak mampu di kecapi jika kita tidak mulakan perkenalan . dan last-last kita ditinggalkan oleh orang yang kita suka dalam senyap . bak kata pepeatah moden  "lambat bertindak alamatnya jadi tetamu di majlis persandingan dia " .

Macam mana nak tahu Crush kita ini jodoh terbaik kita ?

Sudah pasti satu jalan sahaja dengan banyakkan berdoa kepada Allah. Buat istikharah dan mohon jawapan dengan Allah. Sebab ,Allah sahaja yang tahu rahsia setiap manusia.Allah juga mengaturkan perjalanan hidup manusia. Allah jua tahu Bila hidupnya, bila matinya manusia, bila jodohnya bakal ketemu.

Semoga kita memperoleh jodoh yang baik yang diredhai Allah. dan di kurniakan keberkatan di dalam perkahwinan kita semua nanti. Insyaallah . MACAM MANA NAK TAHU CRUSH KITA ADALAH JODOH KITA ?

Sekian .

Previous Post Next Post