HATI TAK TENTERAM ! NAK BUAT MACAM MANA ?

HATI TAK TENTERAM ! NAK BUAT MACAM MANA ? |  Setiap manusia mempunyai hati . Hati di ibaratkan seperti otak yang mengawal badan kita. hati juga memainkan peranan dalam menentukan hal itu baik atau buruk sebelum di serahkan kepada otak untuk kerja yang seterusnya . Ada satu masalah bagi manusia apabila dia mempunyai hati yang tidak tenteram . Resah dan Gelisah senantiasa menjadi asbab dari hati yang tidak tenteram . macam mana nak buat bila hati tidak tenteram ?


cara bagi Hati tenang , emoji facebook

Baca juga : C.I.N.T.A

Sudah pasti jawapannya adalah kita kembali kepada pencipta . Jaga hubungan baik dengan Allah . Sudah pasti selepas itu kita akan kembali tenang. di samping itu, banyakkan istighfar kerana kemungkinan kerana dosa kita yang banyak menyebabkan hati kita tidak tenteram dan di penuhi dengan rasa resah dan gelisah .

Hati merupakan satu organ yang selalu di gunakan secara maksima . Hati juga merupakan antara organ yang sering kali di cederakan sama ada secara sengaja atau tidak . Hati merupakan satu organ yang di ciptakan tuhan yang mampu mengubah perasaan manusia sekelip mata. ada kala kita sedih, hati memujuk, adakala kita rasa marah, hati menenangkan. sebab itulah, hati sering di lukai tanpa kita sedar .

Baca juga : Kelebihan Jaga Hati .

Segarkanlah hati kita dengan Zikir kepada Allah, Baca Al-quran dan melakukan perkara baik yang lain agar hati kita terus hidup . Hati yang baik mengeluarkan hasil yang baik. Andai hati kita baik, kelakuan kita juga baik. tiada istillah ,perangai buruk tapi hati baik . sebab semua perkara bermula dari hati yang baik .

Jadi, jagalah hati kita sebaik mungkin. Andai hati tidak tenteram, carilah puncanya dan rawatlah ia. Jangan biarkan ia terus padam dan padam dan akhirnya mati. apabila hati sudah mati, pohonlah dan berdoa agar dikurniakan hati yang baru supaya kita mampu hidup dengan aman dan tenteram . Semoga Allah mententeramkan hati kita di mana kita berada sekali pun. Insyaallah.

Baca juga : Masukkan Cinta Ulama di dalam Hati Kita .

Sekian.

Previous Post Next Post