MASUKKAN CINTA ULAMA DI DALAM HATI KITA !

JANGAN HINA ULAMA ! |  Baru semalam kita dapat perkhabaran sedih mengenai pemergian Tuan Guru Haron Din yang meninggal dunia . Satu malaysia menangisi pemergian Almarhum TG Haron Din. Semua kebaikkan beliau di cerita oleh setiap manusia Pasti pemergian beliau menimbulkan rasa bersalah buat insan-insan yang tidak sempat menuntut ilmu dengan ulama ini . TGHD seorang ulama yang di segani dan menjadi rujukan para ustaz dan ustazah di dalam negara kita .

baca juga : Tuan Guru Haron Din Dalam Kenangan Rakyat Malaysia .

Selain itu, beliau juga pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia satu ketika dahulu dan telah melahirkan ramai anak murid dalam medan ilmu . Jasa beliau memang tak akan di lupakan. Di sebalik pemergian ini, ada juga yang gembira atas pemergian Tuan Guru Haron Din. Ada yang memerli tindakan TG Haron Din untuk berubat di sebuah negara yang bukan Islam .


Pusara Tuan Guru Haron Din
Gambar Dr. Huda Haron


Pelbagai tomahan dan cercaan mereka terhadap TG Haron Din tidak bermula selepas beliau mati. Sebaliknya ketika hayat beliau pun sudah sering kali di hina dan di cerca. Tetapi Akhlak Seorang ulama memang indah. Dia tidak pedulikan cercaan mereka malah tidak sedikit pun menyakiti orang yang menghinanya.

Buat mereka yang menghina TG Haron Din, satu kerugian besar buat anda kerana orang yang anda hina itu adalah seorang ulama . Ulama kedudukanya dekat dengan Allah . sudah pasti doanya sentiasa didengari oleh Allah. Andai anda penghina yang beragama islam, bertaubatlah . kerna kita di akhirat nanti perlukan syafaat alim ulama . mana mungkin kita dapat pertolongan mereka di akhirat kelak seandainya kita di dunia membenci mereka .


Bukan setakat TG Haron Din sahaja, semua ulama perlu di hormati dan di cintai kerna mereka merupakan Pewaris para Nabi . Mereka lah yang mengajar kita apa itu islam dan memberi kita ilmu bagaimana menuju syurga dan yang paling penting bagaimana kita mengenal tuhan kita. Buanglah sifat benci ulama dalam diri kita. sunggu tidak berbaloi perasaan itu di dalam diri kita.

baca juga: Pesanan Ustaz Ismail Kamus

Tanamlah rasa cinta dan kasih terhadap ulama . Aku yakin ia perasaan cinta itu tidak akan memudaratkan kita malah memberi kebaikkan pada kita. buat ibu dan ayah, perkenalkanlah kepada anak-anak kita mengenai para alim ulama yang ada mahupun sudah tiada. bukan semata-mata memperkenalkan mereka dengan " orang barat " tetapi perlu di tanam juga rasa cinta di samping memperkenalkan mereka dengan ulama-ulama.

Aku yakin, si anak itu akan menjadi anak yang soleh setelah pemergian kita nanti. Sayangilah ulama dan masukkan cinta ulama di dalam hati kita sebelum hati kita mati dan terus mati. ketika itu , mungkin dunia dan agama sudah tidak kelihatan indah lagi buat kita yang hatinya mati. maaf atas salah silap. Al-fatihah kita hadiahkan buat Tuan Guru Haron Din.

Sekian.


Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)