Tapi itulah hakikat syawal bagi ummat islam di Malaysia. Syawal di anggap bulan silaturrahim dan ingatlah bahawa hubungan silaturrahim bukan sahaja berhubung ketika bulan syawal sahaja. sebaliknya bawalah ia ke bulan-bulan lain. cumanya " hari raya" jangan bawa kebulan lain. cukup sampai di sini. kesian dekat ramadhan, kita hanya sambut dia sebulan sahaja, tetapi syawal , kita nak sambut berbulan-bulan. adil kah kita ?
baca juga : Jangan Buat Perkara ini di Hari Raya !
Ada juga yang masih buat open house " raya " di luar bulan syawal . dengan alasan 30 hari syawal tidak cukup untuk membuat open house kerana terlalu sibuk menghadiri open house yang lain. Mungkin setengah pihak cakap tiada masalah. bagi aku secara personally, aku bimbang nikmat syawal akan menghakis nikmat bulan-bulan lain. kita tahu setiap bulan yang ada di dalam islam mempunyai cerita dan kisahnya tersendiri .
Antara peristiwa yang berlaku ketika bulan zulkaedah adalah berlakunya perjanjian Hudaibiyah antara ummat Islam dengan Mushrikin mekah. satu peristiwa yang besar dalam sirah Islam . selepas bulan zulkaedah , kita akan masuk ke bulan zul hijjah di mana bulan tersebut di gelar sebagai bulan haji bagi ummat Islam. Adakah kita kena hanya berfikir mengenai syawal sehingga kita lupakan yang bulan-bulan lain juga mempunyai makna dan pengajaran yang lain ? .
baca juga : 2 Sebab kita tak buat open house !
Betullah, Hari raya Aidilfitri ni orang asia tenggara selalu sambut dengan meriah dan terlebih meriah. Tanah Arab jarang mereka sambut macam kita. tak salah menyambut syawal, cumanya berpada-pada . Jangan hanya kita tahu apa yang ada di bulan syawal sahaja, ambillah tahu peristiwa lain yang berlaku di bulan-bulan lain. agar kita lebih seronok dan menghargai bulan-bulan Islam. Pendek kata, jangan terlampau raikan sesuatu sehingga kita menghilankan sesuatu dari hidup kita. Pesanan ini untuk aku juga. semoga bermanfaat untuk kita semua.
Adakah kita masih merindui Ramadhan atau kita lebih merindui syawal ? Fikir-fikirkanlah.
Sekian.
Post a Comment