2 SEBAB KITA TAK BUAT OPEN HOUSE DI HARI RAYA !

2 SEBAB KITA TAK BUAT OPEN HOUSE DI HARI RAYA  | Salah satu keistimewaan yang ada pada bulan Syawal adalah Majlis Rumah Terbuka atau Open House di adakan secara meluas di seluruh Negara . Tujuan utama open House diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga dan rakan yang telah lama berpisah sama ada dalam tempoh masa setahun ataupun bertahun-tahun .

Selalunya, apabila ada open house , baru lah kita akan berjumpa balik dengan kawan-kawan lama, kawan sekolah , universiti dan lain-lain. Kalau nak jumpa semata-mata nak jumpa, mungkin susah sebab masing-masing ada komitmen sendiri, bila ada peluang macam ni, barulah kita dapat hadir dan berjumpa dan bertanya khabar.

OPEN HOUSE DI HARI RAYA !
gambar the star

Ada beberapa sebab kenapa sesetengah orang Fobia atau tak mau buat open House .

1. Ajak tapi tak Mai.

Mungkin pernah berlaku kepada tuan rumah apabila mereka buat open house tetapi ramai yang tidak hadir dan akhirnya membawa kepada pembaziran. oleh sebab itu ada segelintit dari kita yang tidak mahu buat open house kerana bimbang akan berlaku pembaziran jika ramai tak hadir.

2. Bajet Lari.

Maklumlah, bila hari raya ni, banyak duit yang terpaksa di keluarkan untuk membeli perbelanjaan sama ada sebelum raya dan selepas raya. antara punca utama orang tak buat open house adalah bajet lari. Jangan pula ada yang sanggup berhutang semata-mata nak buat open house. nanti mudarat dia lepas orang balik dari open house kita.

Andai kita mampu dari segi kewangan dan kudrat, maka buat lah open house. kalau tak mampu lebih baik kita berjimat cermat. biar mulut yang berkata-kata asalkan kita tahu kebaikkan untuk diri dan keluarga kita. selamat hari raya .

Sekian.

Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

acik watie acik watie July 12, 2016 at 4:59 PM
Buat mana yang termampu je la..selamat hari raya ubaid

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)