JANGAN BUAT PERKARA INI DI HARI RAYA !

perkara yang korang tak patut buat di hari raya | Hari raya semakin hampir, maka ramailah yang komen atau keluarkan status di facebook mengenai apa yang mereka lalui . Ada juga page-page " besar " yang mula memberi tips kononnya untuk membantu mereka yang mengalami perkara tersebut. Sedangkan tips tersebut tidak memberi manfaat pun kepada Likers mereka. sebalik menimbulkan lagi suasana huru hara dalam keluarga tersebut.

perkara yang korang tak patut buat di hari raya

Jadi,aku terpanggil untuk kongsikan beberapa perkara yang korang tak patut buat di hari raya nanti .


1. Jangan guna Ayat Sarcasm ini !

Apabila ada mak cik atau pak cik tanya mengenai " bila nak kawin ? " bila nak ada anak " dan sebagainya, tolonglah bagi jawapan yang sepatutnya bukan menggunak jawapan sarcasm(perli) yang di ajar di media sosial . pesan aku, itu sahaja cara untuk mereka memulakan perbualan dengan kita. janganlah terasa hati. jaga perasaan amarah kita. jaga akhlak kita dengan orang yang lebih berusia. kalau korang nak tengok anak orang lain buat dekat mak ayah korang, maka korang buatlah dekat pak cik atau mak cik yang tanya soalan tu dekat korang.

contoh Ayat Sarcasm :

" bila pak cik nak mati ? "
" meh nak kawin dengan suami mak cik "

dan sebagainya .

2 . Pakai Pakaian yang mendedahkan Aurat .

Jangan dedahkan Aurat ketika hari raya dan seterusnya. tak malu ke kita yang selalu cakap, hari raya adalah hari kemenangan sedangkan kita sendiri kalah di bulan ramadhan ? Madrasah ramadhan mendidik kita agar buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan Apa yang Allah Larang. Dedahkan Aurat tu adalah perkara yang Allah larang. jadi tinggalkan .tutuplah aurat, maka kemenangan sebenar di hari raya akan lebih bermakna Insyaallah .

Ada beberapa perkara lagi yang tidak boleh di lakukan di hari raya. Aku cuma tulis yang ini dahulu. yang baki aku tulis kemudian. Disamping perkara yang tidak boleh di lakukan di hari raya, ada juga perkara yang tidak patut di lakukan ketika di bulan ramadhan. Sebabnya, kita juga perlu menunaikan hak ramadhan. jangan asyik mengejar syawal sehinggakan ramadhan tertinggal.

sekian.

Previous Post Next Post