10 KEUNIKAN BULAN RAMADAN YANG DI RINDUI !

KEUNIKKAN BULAN RAMADHAN YANG DI RINDUI UMMAT ISLAM I  Bulan Ramadhan sememangnya di nanti-nantikan oleh ummat Islam saban tahun. Pelbagai ganjaran dan pahala di janjikan sepanjang bulan menjadikan bulan ramadhan ini bulan tumpuan bagi Ahli ibadah dan juga pencinta amal kebajikan . Keunikkan Bulan Ramadhan yang sentiasa di rindui oleh ummat Islam sudah pasti banyak .

baca juga : Niat Puasa Ramadhan

10 KEUNIKAN BULAN RAMADAN YANG DI RINDUI !

Antara Keunikkan Bulan Ramadhan yang di rindui adalah :

1. Puasa Sepanjang Bulan .

Keunikkan bulan Ramadhan merupakan salah satu sebab ia menjadi tumpuan ummat Islam. Selain itu, amalan puasa yang di wajibkan juga menjadi perkara penting yang perlu di tunaikan bagi ummat Islam ketika bulan ramadhan. Ada di antara kita yang sanggup mengambil puasa sunnat semata-mata sebagai persedian menghadapi ramadhan yang di rindui.

2. Pahala Ganjaran berlipat kali ganda .

Seperti kita sediap Maklum , Bulan ramadhan merupakan bulan Al-quran , Bulan Ibadah bagi ummat Islam. Di janjikan juga pahala yang berlipat kali ganda dalam bulan Ramadhan sememangnya menjadi kerinduan bagi mereka yang gemar beribadah .

3. Pelbagai juadah pembuka puasa .

Ramadan dan Pasar Ramadhan memang tidak dapat di pisahkan. Dari 1 Ramadhan hinggalah ke 30 ramadhan, pastinya petang-petang ummat Islam di Malaysia di hiasi dengan Pasar atau pun Bazar Ramadhan. Bazar ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli juadah berbuka setiap hari jika mereka tidak masak di rumah .

baca juga :  5 Pasar Ramadhan terbesar di Pulau Pinang
baca juga : Menu Wajib ketika berbuka ! 

4. Kemerduan Alunan Suara Alquran

Bulan Ramadhan , merupakan Bulan Al-quran. Sudah pasti ia juga di hiasi dengan kemerduan ayat-ayat suci al-quran. Tidak kira di mana-mana kita berada. pasti akan kedengaran Suara alunan Bacaan al-quran . Sungguh tenang jika alunan ini terus di mainkan di mana-mana tempat.

5. Kemeriahan Masyarakat dalam melakukan kebaikkan.

Didalam bulan ramadhan jugak lah, ramai rakyat berpusu-pusu membantu fakir miskin yang memerlukan. Antara bentuk bantuan yang di berikan sama ada dalam bentuk kewangan, makanan dan juga jemputan berbuka puasa. tetapi malangnya amalan ini tidak di teruskan dalam bulan-bulan lain .

6. Morey

Morey ! itu ungkapan bagi jamuan makan selepas solat terawih. Nasi goreng, Bihun ,kuih muih, air sirap dan pelbagai lagi juadah yang menjadi igauan dan harapan kepada pengunjung sesebuah masjid selepas solat terawih. waktu ini juga di gunakan sebagai waktu untuk berkenalan dengan masyarakat sekeliling .

7. Solat Terawih.

Kita sudah berbicara mengenai Morey. sudah pasti ai akan datang dengan solat terawih. Sekarang ini ramai dan banyak masjid yang mencari imam yang merdu suaranya sebagai penarik untuk jemaah untuk singgah solat dan memeriahkan malam-malam ramadhan. satu perkara yang patut di puji dalam masyarakat apabila menjadikan solat terawih sebagai medium menyatukan masyarakat yang selama ini sibuk dengan kerja masing-masing .

8. Bunga Api .

Bila di penghujung ramadhan, pastinya bunga Api dan Mercun menjadi penghias kawasan-kawasan tempat tinggal kita. Sudah pasti moment indah bagi adik-adik dan anak-anak kita dalam meraikan malam-malam terakhir di bulan ramadhan. untuk ayah-ayah, perhatikan tingkah laku anak-anak ya.

9. Qiamullail

Antara amalan Rasulullah sepanjang bulan ramadhan adalah Qiammullail . Banyak masjid yang melaksanakannya. Jadi, kita juga kenalah rajin menjengah ke masjid untuk melakukan qiamullail atau pun kita boleh lakukannya di rumah sebelum tiba waktu kita bersahur .


10. Bola /  Kuih Raya

tahun 2016 ini musim Euro 2016 , jadi pastinya ramai yang duduk depan tv menonton perlawanan kesukaan mereka. jangan lupa solat tahajud ya. Bagi kaum ibu pula, bulan ramadhan di hiasi dengan membuat kuih raya. satu pesanan buat kaum ibu, jangan sampai ramadhan berlalu pergi dan kita tidak memperoleh apa-apa ya. buat ibadah sama yer.

baca juga : Ramadhan : Adat Vs Ibadah .

Semoga kerinduan ini akan lebih di kuatkan apabila ia tiba menjengah kita dalam beberapa hari lagi. Sudah pasti ramai yang merindui ramadhan . Tiada siapa yang akan menghalang ramadhan dari berkunjung ke bumi ini. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ini. Insyaallah .

sekian.



Previous Post Next Post