Ramadhan : Adat Vs Ibadat .

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ramadhan bakal berkunjung tiba. ramadhan yang di nantikan oleh ummat islam yang merinduikannya . ramdhan yang di gelar sebagai madrasah, sekolah ,universiti dan mcm2 lagi sebgai tempat dan ruang utk kita mendidik nafsu dan diri kita dripada melakukan perkara2 yang sia-sia dan lagha .

Saban tahun kita, menerima ramdhan . Dari kita pertama kali celik mata sehingga la sekarang di usia kita ini. dah berapa kali dah kita bersua dgn ramadhan, dan kita perlu mempersoalan " bagaimana ramadhan aku yang dulu ? " baikkah atau burukkah ?

baru-baru ini aku mendengar ceramah ustaz shamsuri Ahmad beliau berkata .

" kita ni,dah wapa kali dah masuk ramadhan dari kita celik mata smpai skrang ni,tapi kita tetap menyesal setiap kali ramadhan meninggalkan kita "

" ramadhan kita ni Ramadhan adat atau ramadhan ibadat "

itu yang aku pilih tajuk ni sebagai entri aku membuka lembaran bulan ramadhan kita kali ini ^^

Surah Al-Baqarah ayat 183, ayat sinonim bila Ramadhan hampir berkunjung tiba .

" Wahai orang beriman, diwajibkan keatas kamu puasa seperti mana di wajibkan keatas ummat yg terdahulu, agar kamu bertaqwa "

Kalau nak jadi orang yang bertaqwa kena puasa la kan.

Ramadhan silih berganti, muhasabah lah dalam diri . aku ni sambut Ramadhan sebab family aku sambut setiap tahun ke ?

" dah msuk bulan puasa,so, puasa je la "

" alaa,dah msuk bulan puasa ? arghh susah laa nak puasa2 ni "

antara dialog yg sering kita dengar.

andai kita letakkan Kedatangan ramdhan itu sebgai aktiviti tahun semata, maka ia akan jadi seperti itu.

rugi la kalau kita hnya menganggap ramadhan yang tiba ni sebgai adat bukannya ibadat.

apabila seorang hamba itu membuat sesuatu kerana Tuhannya maka dia layak menerima ganjaran dari Tuhannya .

tanamlah dalam diri kita, yang ramadhan yg kita lalui setiap tahun bukan activiti tahunan semata, malah ia merupakan peluang kita utk dekatkkan diri kita dengan Allah.

" siapa yang membangun Ramadhan dengan keimanan ,akan di ampunkan segala dosanya " hadis Nabi .

nanti akan ada orang kata, " eh, kita ni kalau beribadah tak leh nak harapkan pahala. kita kena harapkan redha Allah semata "

ye betul tu aku setuju , tapi sesetgh orang boleh kita terus berkata macam tu tapi mungkin bagi yang bru berjinak2 dalam ibadah,kita boleh  mengunakan " ganjaran " sebagai booster utk diorang keep in touch dgn ibadah diorang. nanti lama2 akan timbul " rasa " cinta kepada Allah .

sama-sama kita muhasabah balik, ramadhan yang telah kita lalui sebelum2 ni. adakah kita buat semata-mat kerana Rakyat Malaysia sambut dan berpuasa atau betul2 kerana Allah .

kalau adat itu lebih banyak dari ibadat.tukarlah ia kepada ibadah. bagaimana ?? perbetulkan niat balik, aku buat ibadah ni semua kerana ALLAH .

semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari Ramadhan2 yg sebelum ini. Salam Ramdhan Al-Mubarak !!

sekian .



p/s : kalau ada salah silap atau penambahan pada entri ni.sila komen atau pm k ..sharing is caring !!


2 comments:

  1. Ramadhan dah terlalu dekat...semoga kita semua beroleh keberkatan dan rahmat daripadaNya...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.