Senarai Pelakon Drama Tuan Danial TV3

Senarai Pelakon Drama Tuan Danial. Drama kali ini telah mula ditayangkan sebenarnya, aku baru nak kemaskini untuk bacaan korang pula. hehe baiklah, ada tak yang layan drama ni? Mesti ada punyalah, sebab aku dapat komen postitif dari peminat yang follow cerita ni. haa kira ramai lah tu kan.

Pelakon utama yang terlibat dalam cerita ini adalah Intan Najuwa dan juga Idris Khan. Ohh mesti ramai yang dah tahukan drama apa ni. hehe


Senarai Pelakon Drama Tuan Danial TV3


Drama ini mempunyai 13 episod kesemuanya. Ia mula di tayangkan pertama kali pada 9 Ogos 2019. Sejak itu, cerita ni diulang tayang beberapa kali oleh TV 3.

Untuk Tahun 2020, drama ini akan disiarkan semula bermula 22 Jun 2020 pada jam 10 malam.

Ramai pelakon yang terlibat dalam cerita ini. Antaranya adalah Idris Khan, Intan Najuwa, Luqman Hafidz, Atikah Suhaime, Aman Graseka, Scha Elinnea, Mathni Razak, Syafi Tee DFKL, Afifah Nasir, Noniswara, Zuhairi Ibrahim


Senarai Pelakon Drama Tuan Danial TV3

Pelakon Drama Tuan Danial ni sedang meningkat naik berbanding waktu pertama kali ia ditayangkan. Memang makin padu dan makin matang.

SINOPSIS TUAN DANIAL


Cinta yang cuba diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim (Intan Najuwa) dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial (Idris Khan) telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah.

Penyamaran Is ini adalah untuk menyiasat latar belakang dan sikap sebenar bakal-bakal suami yang dicadangkan oleh bapanya, Tengku Khalil. Berlainan dengan calon-calon sebelumnya, walaupun kelihatan agak sombong dan tegas, Is tertarik dengan Tuan Danial tidak terlalu bergantung kepada pembantu rumah.

Berlaku pelbagai insiden melucukan ketika Is menyamar menjadi pembantu rumah Tuan Danial kerana Is sentiasa mengingkari arahannya dan Is sememangnya tidak tahu membuat kerja sebagai pembantu rumah.

Namun, lama kelamaan Tuan Danial mula lembut hati dan tertarik dengan sikap Is yang kelam kabut tetapi masih kelihatan comel. Tengku Hatta, adik Is turut terlibat sama dalam rancangannya iaitu berpura-pura mesra untuk membuatkan Tuan Danial cemburu melihat hubungan mesra mereka.




Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!


Kemudian Nell, bekas tunang Tuan Danial yang kembali dari luar negara membuatkan Is rasa tidak sedap hati. Nell kelihatan cuba untuk kembali memiliki Tuan Danial. Pelbagai agenda cuba dilakukan oleh Nell cuba untuk menawan Tuan Danial, termasuklah mengugut untuk membunuh diri supaya Tuan Danial bersimpati kepadanya.

Adakah Nell dapat semula Danial atau Is yang mendapat cinta yang diimpikan itu? Jom sama-sama kita saksikan.

Jangan lupa kongsikan senarai pelakon drama tuan danial ni di facebook korang ya.

Previous Post Next Post