Drama Setan Dalam Poket (Astro)

Hari ini akan ditayangkan di astro sebuah drama bertajuk Setan Dalam Poket. Khabarnya drama ini mendapat sambutan hangat dari kalangan penonton.

Antara senarai pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad, Wan Hanafi Su, Melissa Saila, Rashidi Ishak.

Lama tak nampak pelakon-pelakon lama ni berlakon kan. hehe

Drama Setan Dalam Poket


SINOPSIS SETAN DALAM POKET


Kisah mengenai duit yang asalnya dari hasil rompakan yang menyebabkan malapetaka dan sial kepada pemiliknya setiap kali bertukar tangan. Siapa pula setan yang dimaksudkan dalam cerita ni?

Fuhh.. seram pula baca sinopsis cerita ni kan.

apa sebenarnya yang telah berlaku?

kalau nak tahu, kena tengok lah setan dalam poket.

Review


Memandangkan ramai yang sudah baca sinopsis kan jadi mungkin tak tahu jalan cerita dia macam mana. Jangan risau sebab aku kongsikan review telefilem ini untuk korang bagi cepat faham.

Rata-rata netizen meluahkan rasa seram dan ngeri menonton babak seram cerita setan dalam poket. Ia kerana ramai bimbang perkara tersebut terjadi kepada mereka.

Selain itu, ramai juga berkongsi mengenai pengalam mereka sendiri apabila membawa pulang baru antik ke rumah.

INFO Drama


Kemaskini tahun 2023, cerita seram setan dalam poket ini akan diulang siarkan pada 17 jun 2023 di saluran yang sama. kalau korang terlepas, boleh lah tonton balik malam nanti.

Pengarah telefilem ini adalah Melissa Saila & Megat Fauzi Md Isa dan skripnya juga ditulis oleh Megat Fauzi Md Isa tau.
  • Waktu Tayangan : Sabtu, 13 Oktober 2018, 9:00 malam
  • Saluran Tayangan : Astro Citra 131 & HD 126
jom like page kami >> Kata Ubaid << untuk live streaming setan.

Kemaskini tahun 2024, telefilem ini bakal diulang siar tayangannya pada 18 februari 2024 di saluran yang sama juga iaitu astro citra. kalau tak tonton lagi, boleh lah tonton semula hari sabtu ini ya.

FAQ Setan dalam poket




Penutup



Bukan mudah untuk bawa watak yang di kelilingi cerita seram seperti ini. Lakonan Ungku Ismail dan Siti Elizad sangat membantu kita memahami karya hebat ini.

Ditambah pula, jalan cerita yang menarik dan juga tidak membosankan penonton setan dalam poket untuk kekal menonton sehingga habis.

Bahkan ia menjadi koleksi drama melayu bergenre seram untuk rakyat Malaysia. Bagi yang belum tonton, bolehlah tonton semula pada sabtu ini. selamat menonton.



Previous Post Next Post