Telefilem Cinta Kucing Parsi

Seperti biasa, setiap tahun akan ada telefilem khas sempena tahun baru cina. Namun begitu, kali ini tv3 akan menyiarkan telefilem cinta kucing parsi yang pernah ditayangkan kali pertama pada tahun 2017.


Korang buat apa cuti tahun baru cina 2024 kali ni? kalau korang hanya lepak dekat rumah, mesti nak tahu apa telefilem best untuk cuti kali ini kan.


Dah lama dah tayang, jadi ramai yang dah lupa sinopsis dan jalan cerita cinta kucing parsi ni. jadi jangan risau, kami memang nak kongsikan dengan anda semua info berkaitan telefilem ini.



Telefilem Cinta Kucing Parsi



1. Sinopsis

Sinopsis telefilem cinta kucing parsi ini mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Alex dan juga Ikmal. Mereka merupakan sahabat baik dan tidak mempunyai kerja.


Satu hari mereka nak pakai duit dengan segera. jadi mereka nekad untuk merompak dan selepas merompak pun mereka melarikan diri. 


Dalam proses nak melarikan diri tu mereka terlanggar seorang gadis bernama Sharon. korang nak tahu apa jadi selepas itu?  Alex mula jatuh cinta dengan Sharon dan mula insaf dan menjadi lebih baik.


Alex cuba memikat hati Sharron dengan kucing parsi dapatkah cinta mereka bertaut dengan kucing parsi tersebut?


2. Info


JUDUL : CINTA KUCING PARSI 

Tayangan Terkini ;  10.2.2024, SABTU 9 MALAM

Tayangan Pertama ; Isnin, 30 Januari 2017, 8.30 malam

SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)

SKRIP : Rosmadewi Zin


Telefilem Cinta Kucing Parsi


PENGARAH : Zamri Zakaria

TERBITAN : Mache Allstar United Sdn Bhd

PELAKON : Sean Lee, Adeline Tsen, Nadzmi Adhwa, Acong Sweetchild, Jesse Lim, Angeline Tan, Mandy Chong, Ellika Azman, Ozlynn


Penutup


Akhir sekali, telfilem kucing parsi ini sebenarnya banyak bagi pengajaran kepada kita mengenai kehidupan yang kita lalui setiap hari. Walaupun susah macam mana sekali pun, jangan pernah melakukan kesalahan jenayah tau.


Bagi anda yang mahu tonton telefilem ini, anda boleh tonton semula pada hari sabtu ini ya. Selamat menonton.

Previous Post Next Post