Biodata Azar Azmi

Biodata Azar Azmi Pelakon Drama Nur Musim ke 2


Azar Azmi merupakan salah seorang pelakon baru dalam dunia lakonan tanah air. Antara faktor yang menyebabkan dia dipilih menjadi pelakon adalah kerana dia memang pandai berlakon dan selain itu, dia juga mempunyai wajah yang cantik. Orang kata satu pakej lah kan.

Mungkin ramai yang tak kenal dengan dia ni. aku pun kena dia sejak dia berlakon drama red velvet. Kemudia dia berlakon dalam drama cinta fatamorgana dan dalam drama ni dia bawa watak utama tau.

Selepas itu, Nama Azar kembali 'viral' apabila dia membawa watak Fatimah dalam drama Pujaan Hati Kanda. Masa ni memang populariti dia naik gila-gila. Semua orang dok sebut pasal dia. hehe


Biodata Azar Azmi


BIODATA AZAR AZMI 

👉 Nama Penuh : Siti Azhar A binti Azmi
👉 Nama Artis : Azar Azmi
👉 Umur : 29 tahun (2018)
👉 Tarikh Lahir : 13 March 1989
👉 FOUNDER ZSINSTANTWHITE AZARHOF
👉 Instagram azar azmi

Rupanya selain berlakon, dia juga merupakan pengasas untuk syarikat produk kecantikannya sendiri. patutlah ramai orang kenal dia.

Gambar Azar Azmi ..


Biodata Azar Azmi

Kita doakan agar Azar semakin berjaya dalam dunia seninya dan dimurahkan rezeki. Lepas ni boleh lah cuba watak-watak baru dalam drama tempatan kan. Aku suka sangat tengok watak si Fati dulu tu hehe memang terbaiklah orang cakap. hehe

Korang pula rasa macam mana? Drama lakonan Azar Azmi yang mana yang korang minat ? Jom komen dekat bawah ni ya.

Oh ya, jangan lupa saksikan Azar dalam drama Nur Musim ke 2 tau ! Katanya dia ada bawa watak yang jahat. errmm macam mana tu ? kena tengok lah nanti. hehe

Previous Post Next Post